Home All Isu Semasa Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

22725
0
Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu | Berbekalkan charm Shah Rukh Khan, mereka cukup pandai berjanji manis, licik dan majoritinya suka menikahi wanita Melayu.

Itulah komen peguam syarie Ustaz Shazril Khairy Mustafa tentang trend perkahwinan campur melibatkan lelaki Bangladesh dan wanita tempatan.

Kata Ustaz Shazril, kadang-kadang tak logik akal kenapa seorang lelaki Bangladesh atau Pakistan tergamak mengahwini wanita Malaysia di kalangan warga emas.

“Tolong saya ustaz, dia sudah pukul saya. Lepas sah nikah dia sudah keluar rumah tinggal dengan perempuan lain. Saya kena bela dia. Hari-hari dia ugut saya minta duit”

Dialog kes di atas, klien saya berusia 64 tahun berkahwin dengan warga dari Pakistan berusia 25 tahun. Kes tahun 2010.

Hari ini saya nak mengulas tentang perkahwinan dengan warganegara asing. Sejak saya praktis saya telah mengendalikan terlalu banyak kes pengesahan nikah wanita Melayu dengan warga asing.

Paling ramai warga lelaki Bangladesh, kedua warganegara Pakistan dan ketiga banyak adalah warganegara Indonesia. Macam-macam jenis surat nikah saya telah lihat.

Palsu pun boleh nampak macam ori. Kekadang sukar hendak dibuktikan kecuali bukti bergambar atau rakaman video.

Perkahwinan dibuat di selatan Thailand atau wanita tersebut pergi ke Bangladesh atau Pakistan untuk bernikah di sana. Kena tahu mazhab apa yang diamalkan.

Perkahwinan tersebut dijalankan dengan cara yang berbeza. Dan semasa perbicaraan di mahkamah kena buktikan mazhab yang digunapakai semasa upacara pernikahan tersebut.

lelaki bangladesh

Bagi perkahwinan dalam Malaysia terdapat sindiket yang mengendalikan perkahwinan katanya Imam atau orang kuat agama dari kalangan mereka sendiri. Perkahwinan ini tidak sah. Tetapi sekiranya adanya wali berkemungkinan sah jika memenuhi rukun nikah, namun tetap dianggap sindiket.

Dalam kes melibatkan pernikahan dengan warganegara asing ini saya paling tegas ‘tidak kasi muka’. Kenapa?

Antara sebab wanita Melayu memilih untuk berkahwin dengan warga asing terutama lelaki Bangladesh dan Pakistan:

  1. Wajah Shah Rukh Khan.
  2. Pandai ayat dan kata-kata manis.
  3. Warga asing.
  4. Anda boleh tambah lagi.

Antara yang saya lihat kenapa warga asing memilih berkahwin dengan wanita Malaysia:

  1. Mudahkan tinggal lebih lama di Malaysia atas tiket perkahwinan.
  2. Nak memohon warganegara selepas 10 tahun.
  3. Nak menggunakan nama isteri untuk berniaga di Malaysia. Semua diuruskan oleh mereka dan cara itu rakan-rakan dari Bangladesh dan Pakistan dibawa masuk lagi untuk bekerja dengan perniagaan nama isterinya.
  4. Anda boleh tambah lagi.

Saya hanya geleng kepala. Dan kebanyakan berakhir perceraian. Sebabnya hilang dengan surat nikah dan tinggal dengan wanita lain.

lelaki bangladesh
Foto: Rida Shah’s Photography

Ada juga kes yang saya kendalikan, bapanya telah berhutang banyak dengan lelaki Bangladesh ini, sebagai cagaran anak tersebut dinikahkan dengan lelaki Bangladesh tersebut. Pada ketika itu usia baru 18 tahun.

Masih terngiang di telinga saya lelaki Bangladesh ini berkata, ‘Saya mau kasi hancur dulu ini perempuan supaya tiada siapa mahu kahwin dengannya lagi. Selepas 5 tahun berkahwin endingnya bercerai.’

Ada juga berkahwin semata-mata renew permit. Selalunya orang asli atau wanita di pedalaman dan andartu. Wanita ini dipujuk rayu dan akhirnya bersetuju berkahwin. Selepas sahaja berkahwin ditinggalkan.

Tidak terlepas juga janda, menjadi alasan balas dendam kepada bekas suami, katanya dengan orang melayu pun boleh cerai lebih baik kahwin dengan lelaki Bangladesh.

PERANGKAP CINTA LELAKI BANGLADESH

Ada juga masih isteri orang ditangkap khalwat dengan Bangla. Bila disiasat telah lama berkawan dan banyak kali terlanjur. Suami menoreh getah di Sik, Kedah. Isteri bekerja kilang di Sungai Perati.

Kerap overtime walhal singgah di Hotel Cinta Sayang. Paling dahsyatnya boleh bercakap Bangladesh dengan pasangan yang ditangkap bersamanya.

Bayangkanlah boleh menguasai bahasa Bangladesh. Agak-agak berapa lama depa kawan?

Ramai juga mereka ini menjadi kontraktor atau membuka kedai atas nama isteri. Kalau tak percaya semaklah kedai-kedai Bangladesh dan Pakistan ini.

Pastinya anda akan lihat pendaftaran syarikatnya adalah nama isterinya. Warga asing tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

Cara percakapan lemah-lembut gemalai membuatkan masyarakat setempat percaya dan tertarik dengan warga asing ini. Tetapi tidak bagi saya. Saya amat memahami perangai dan kehendak warga asing ini dan saya amat simpati dengan wanita yang berkahwin dengan warga asing ini.

Endingnya berakhir perceraian apabila mereka ini pulang ke negara mereka dan tidak balik ke Malaysia.

lelaki bangladesh
Rupa paras mereka menjadi ‘penunduk’ wanita tempatan

Pernah saya bertanya kepada seorang warganegara Bangladesh apa yang dia buat di Malaysia? Beliau memaklumkan bahawa pendapatannya di Malaysia dihantar balik ke Bangladesh dan beli tanah. Di Malaysia mereka kuli di Bangladesh mereka dihormati.

Kebanyakan pula telah ada pasangan atau telah berkahwin di Bangladesh sebelum datang ke Malaysia. Malaysia lubuk mencari rezeki bagi warga Bangladesh dan Warga Pakistan. Wang dihantar balik ke negara mereka untuk membeli tanah dan aset-aset lain.

Bila aset telah banyak mereka kembali ke negara mereka semula. Mana mungkin wanita Melayu dapat tinggal di sana yang berbeza adat dan resam contohnya minum susu masam dan lain-lain lagi.

Sekiranya terjadi perceraian, mangsa adalah anak-anak. Sukar untuk menuntut nafkah anak, eddah, mutaah, tambahan melibatkan harta sepencarian.

Aset kebanyakan di Bangladesh atau Pakistan. Susah hendak dibuktikan. Undang-undang berbeza dan sukarnya juga nak dikuatkuasakan. Pendek kata jangan harap apa-apa. Kena redha dan pasrah banyak.

BACA: Letak Nombor Telefon Masuk Pasaraya! Akibatnya Wanita Diganggu Warga Asing, Siap Panggil Sayang

Walau bagaimanapun ada juga yang baik. Masih hubungi saya dan bersahabat baik dengan saya hingga hari ini.

Pesanan saya bagi yang akan berkahwin dengan warganegara Bangladesh dan Pakistan ini fikir 100 kali. Cinta itu buta, tapi jgn butakan hati anda.

Bagi yang telah berkahwin jagalah sebaik mungkin. Anggap jodoh telah ditentukan Allah.

Bagi yang berpisah atau bercerai dengan warga Bangladesh dan Pakistan ini bertabahlah menempuh hari-hari mendatang.

Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here