Home All Isu Semasa Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya, Lupakan Satu Lagi...

Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya, Lupakan Satu Lagi Tradisi Tahun Ini Je!

2432
1
Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya, Lupakan Satu Lagi Tradisi Tahun Ini Je!

Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya, Lupakan Satu Lagi Tradisi Tahun Ini Je! Aidilfitri pada tahun ini nyata akan bertambah berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.

Terbaru, umat Islam di Pulau Pinang terpaksa akur dengan larangan melakukan sebarang aktiviti menziarahi tanah perkuburan semasa cuti Aidifitri kelak. Jelas, ini merupakan satu lagi usaha pihak berkuasa untuk mengelak penularan wabak Covid-19.

Tidak mustahil, larangan yang seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini turut akan dikenakan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat ini sebelum Aidilfitri menjelang.

BACA: 7 Beradik Sepakat Buat Tabung Raya Dari Awal Syaaban. Belanja Raya Di Rumah Mak, Semua Beres.

Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengenai larangan oleh kerajaan negeri itu, beliau meminta umat Islam di sama bersabar dan berharap semua orang memahami hukum sunat yang dikenakan ke atas amalan menziarahi kubur.

Ziarah Kubur

“Saya nasihatkan semua orang patuh pada larangan demi mengelak diri daripada ditimpa musibah. Hukumnya pun bukan wajib, ia hanya tradisi yang diamalkan di Malaysia. Jadi umat Islam disarankan untuk menunda tradisi ini huat sementara waktu.

Ini merupakan larangan terbaru ke atas tradisi Ramadan dan Syawal di Malaysia. Buat masa ini, umat Islam di seluruh dunia dilarang untuk menunaikan solat Jumaat melebihi kuota yang dipersetujui. Solat sunat tarawih secara bejemaah di masjid dan surau juga dilarang.

Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Kunjung Mengunjung, Ziarah Kubur Raya Tahun Ini

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan ini penting kerana virus tersebut masih ada dalam kalangan masyarakat.
“Kita lihat kelaziman kunjung mengunjung dan menziarahi kubur, tetapi kali ini adalah luar kelaziman. Kita perlu merayakan Aidilfitri kali ini contohnya tanpa kunjung mengunjung dan ziarah ke kubur.

“Apa yang penting ialah kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan cara berkesan adalah kalau boleh kita raya dengan rumah tertutup iaitu antara kita dan keluarga sahaja. Kurangkan antara kita kunjung mengunjung, kalau boleh jangan,” katanya.

BACA: Ada 7 Amalan Yang Boleh Menerangi Alam Kubur Kita Kelak, Sangat Mudah Diamalkan!

“KKM nasihatkan individu dan keluarga supaya jangan amalkan kunjung mengunjung dan ziarah kubur pada tahun ini. Hanya tahun ini sahaja,” katanya.

”Jika kita patuh kepada nasihat KKM, kita dapat putuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dalam masyarakat kita sebab ia masih dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya nasihat KKM mengenai aktiviti ziarah kubur yang menjadi kelaziman setiap hari raya dan kebimbangan berlaku kesesakan dan kontak di tanah perkuburan.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, May 18, 2020

Apa pendapat korang? Pelik atau tidak apabila pagi Hari Raya tiada aktiviti ziarah kubur insan kesayangan kita. Apapun demi keselamatan negara ini lah pengorbanan kecil kita.

Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya, Lupakan Satu Lagi Tradisi Tahun Ini Je! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here