Home All Isu Semasa Larangan Bawa Anak Ke Pusat Beli-Belah Akan Diteliti Jika Penjaga Masih Tidak...

Larangan Bawa Anak Ke Pusat Beli-Belah Akan Diteliti Jika Penjaga Masih Tidak Hiraukan Keselamatan

1508
3
Larangan Bawa Anak Ke Pusat Beli-Belah Akan Diteliti Jika Penjaga Masih Tidak Hiraukan Keselamatan

Larangan bawa anak ke pusat beli-belah akan diteliti jika ibu bapa masih tidak hiraukan keselamatan – Ismail Sabri |

KERAJAAN sedia mempertimbangkan untuk menetapkan peraturan menghalang ibu bapa daripada membawa anak-anak ke pusat membeli-belah jika trend itu masih berterusan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini masih tidak ada peraturan mengenai perkara itu.

BACA: Mungkin Terpaksa Hadap PKP Yang Berpanjangan Jika Senang-Lenang Berkumpul, Membeli-Belah

bawa Anak
Gambar Sekadar Hiasan

Ada Akta Boleh Larang Bawa Anak Keluar Ketika PKP

“Seperti saya katakan dibawah Akta 342, tidak menetapkan peraturan untuk menghalang ibu bapa bawa anak masing-masing ke pusat membeli-belah dan sebagainya.

“Jika perkara ini berterusan kerajaan boleh memasukkan dalam peraturan Akta 342 bahawa bawa anak -anak ke tempat khalayak ramai sebagai perkara terlarang dalam list negatif ketika ini, ” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Isnin petang.

Justeru, Ismail Sabri berkata kerajaan akan berbincang mengenai perkara itu bagi memastikan keselamatan anak-anak menjadi keutamaan ibu bapa ketika ini.

“Kita akan bincang perkara ini jika masih ada ibu bapa tidak hirau keselamatan anak-anak mereka.

“Sehingga kini saya masih mengharapkan ibu bapa ambil kawalan kendiri dan disipilinkan diri tak membawa anak -anak ke tempat ramai, ” katanya.

Malah beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak masing-masing.

“Keselamatan anak kita tanggungkjawab kita. Jadi kita kena tanya diri kitalah.

“Adakah anak-anak kita akan selamat dalam kumpuan manusia ramai dalam kawasan tertutup?, ” soalnya.

Beberapa pusat membeli-belah di seluruh negara dibuka semula selepas perdana menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lalu.

Meskipun dibuka, pemilik pusat membeli-belah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

BACA: Doktor Kongsi 10 Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Kalau Nak Bawa Anak Keluar Rumah Semasa Musim Covid-19

Larangan Bawa Anak Ke Pusat Beli-Belah Akan Diteliti Jika Penjaga Masih Tidak Hiraukan Keselamatan 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here