Home All Isu Semasa Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak “Smelly Anchovies!” Dalam Penerbangan.

Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak “Smelly Anchovies!” Dalam Penerbangan.

1452
1
nasi lemak

Jangan main-main dengan kuasa viral netizen di Malaysia ni! Baru-baru ini, seorang wartawan luar negara memuatnaik hidangan nasi lemak yang dibelinya di dalam penerbangan British Airways.

Katanya, kenapa syarikat penerbangan itu memilih untuk menghidangkan hidangan seperti itu di dalam penerbangan.

Disebabkan tak puas hati dengan makanan yang dihidangkan, dia memuatnaik gambar nasi lemak itu bersama kata-kata tak puas hatinya di Twitter. Dia turut memberikan rate 0/10 untuk nasi lemak itu! Kalau tak suka, kenapa order…

kutuk nasi lemak

Sudah tentunya perkongsiannya itu mendatangkan kemarahan pencinta nasi lemak kerana wartawan itu sebenarnya tak kenal pun makanan itu sebenarnya nasi lemak.

Sebagai salah satu hidangan kebanggaan Malaysia, ramai yang tak puas hati dengan sikapnya yang tidak menghormati hidangan itu.

Netizen Panas Hati Bila Nasi Lemak Dihina!

Disebabkan isu ini juga, nampaknya #NasiLemak juga sedang trending sekarang ini di Twitter Malaysia. Haa.. jangan main-main! Mungkin rakyat Malaysia boleh menjemput wartawan ini melawat Malaysia untuk merasai sendiri nasi lemak yang terbaik di sini.

Sememangnya menu nasi lemak ini bukan sahaja di hidangkan di restoran tapi di jual di gerai-gerai tepi jalan. Kasi wartawan tu buka mata sikit jangan suka-suka hina makanan negara lain.

Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak “Smelly Anchovies!” Dalam Penerbangan. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here