Home All Isu Semasa Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Dibuang Merata-Rata, Tak Harapkan Sebarang Balasan...

Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Dibuang Merata-Rata, Tak Harapkan Sebarang Balasan Pun!

1270
1
Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Dibuang Merata-Rata, Tak Harapkan Sebarang Balasan Pun!

Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Terbuang, Tak Harapkan Sebarang Balasan Pun! | Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.

Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai di campak merata-rata. Dan kalau korang perasan juga, banyak sampah-sampah berupa facemask di tepi jalan. Betul tak?

Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang penyakit dan virus lain juga.

Seorang pengguna Facebook, Vasugi Ramasamy berkongsi pengalamannya berdepan isu sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tiada kesedaran sivik.

Setiap hari ulang-alik kerja nampak pelitup muka merata tepi jalan Vasugi Ramasamy yang bekerja di Econsave Parit Buntar, melihat pelitup muka dibuang merata setiap hari. Justeru, dia dan adiknya, Suriya Kuppusamy telah membuat kerja amal mengutip pelitup muka yang dibuang merata-rata itu.

Pelitup Muka

Mereka menjalankan misi itu kerana berasa terpanggil untuk mengelakkan berlaku penularan bakteria dan virus lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.

Katanya, ia bukan sahaja boleh membahayakan warga emas yang berisiko tinggi mengalami jangkitan, bahkan kanak-kanak kerana sistem imunisasi badan yang rendah berbanding orang dewasa.

Pada akhir perkongsiannya, Vasugi berpesan meminta orang ramai agar tidak sesuka hati membuang sampah pelitup muka yang sudah digunakan kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.Pelitup Muka

“Di sini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK) dimerata,itu akan menambahkan risiko.”

Hantarannya itu mendapat perhatian netizen dengan mengucapkan terima kasih kepada dua adik-beradik ini kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan semasa.Pelitup Muka

Masalah ini bukan sahaja ada di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kumpulan pencinta alam sekitar menegaskan, pelitup muka memburukkan lagi masalah sampah yang hanyut di laut dan serata tempat lain, malah mencetuskan kebimbangan mengenai penyebaran kuman.

Tidak sukar pun untuk membuang pelitup muka selepas dipakai. Hanya buka pelitup, ambil, lipat dua dan gulung. Gulungkan perlahan-perlahan dan proses ini tak ambil masa lebih 20 saat. Selepas itu, ikat gulungan tadi dan buang di mana-mana tong sampah yang disediakan.

Bagusnya ada lagi orang yang berhati mulia macam ni. So korang, lepas ni jangan buat macam ini lagi k. Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.

Sumber : Facebook , Vasugi Ramasamy

Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Dibuang Merata-Rata, Tak Harapkan Sebarang Balasan Pun! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here