Home All Isu Semasa Kutip 4500 Puntung Rokok, Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya.

Kutip 4500 Puntung Rokok, Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya.

1894
0
Kutip 4500 Puntung Rokok, Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya.

Kutip 4500 Puntung Rokok, Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya. | Biarpun kini kita telah memasuki tahun 2020, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak tahu menjaga kebersihan persekitaran, terutamanya tabiat membuang puntung rokok merata-rata.

Ini akan memberikan gambaran buruk terhadap Malaysia terutamanya kepada pelancong luar.

Seorang lelaki warga Jepun, melalui akaun Twitter miliknya, Nana berkongsi gambar hasil kutipan sampah di sekitar Putrajaya.

puntung rokok

Menurut Nana, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam hanya tempoh satu jam setengah sahaja.

Dia dan pasukannya sebelum ini turut mengutip kira-kira 202 kg sampah dalam masa 2 jam di sebuah pasaraya di Cyberjaya.

“Pada 29 Februari sebelum PKP, saya dan sukarelawan Trash Hero Putrajaya telah membuat pembersihan di sebuah Mall. Kami dapat mengutip 202 kg sampah termasuk botol, puntung rokok dan lain-lain.”

Rakyat Malaysia perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak memberikan imej buruk negara kepada masyarakat luar.

Sumber

BACA: Nak Berhenti Merokok Pernah Tak Minta Pada Allah? Saya Pernah dan Allah Bantu Saya

Kutip 4500 Puntung Rokok, Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here