Home Pengetahuan Kursus Kahwin Di Selangor Bakal Dibuat Secara Online Bermula Minggu Ini

Kursus Kahwin Di Selangor Bakal Dibuat Secara Online Bermula Minggu Ini

853
0
Kursus Kahwin Di Selangor Bakal Dibuat Secara Online Bermula Minggu Ini

Kursus Kahwin Di Selangor Bakal Dibuat Secara Online Bermula Minggu Ini | Sepanjang PKP berlangsung tempoh hari, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara online.

Walau bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja.

Bagi mereka yang belum berkursus kahwin, bakal pengantin tidak boleh untuk melangsungkan pernikahan.

Namun begitu, baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor telah pun mengesahkan bahawa pasangan yang sudah merancang untuk menikah dan masih belum pergi kursus kahwin juga boleh dibuat secara online bermula 13 Jun ini.

BACA: Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!

kursus kahwinkursus kahwin Permohonan boleh dibuat mulai 9 Jun 2020 (Selasa) dan kursus perkahwinan ini akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad yang dibahagikan kepada dua sesi, iaitu 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang. Setiap sesi akan dihadkan kepada 150 orang sahaja.

kursus kahwinAkan tetapi, kursus kahwin online ini akan memberi keutamaan kepada individu yang sebelum ini telah mendaftar dan ditangguhkan akibat PKP. Peserta akan menerima email atas jemputan menyertai KPPI Online dan sijil kursus perkahwinan ini akan diberikan selepas peserta menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Kursus Kahwin Di Selangor Bakal Dibuat Secara Online Bermula Minggu Ini 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here