Home All Isu Semasa Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram!

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram!

2735
0
Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram!

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! | Kucing merupakan haiwan peliharaan yang cukup manja. Keakrabannya dengan manusia membuatkan si comel itu sukar untuk berdikari andainya pernah menjadi peliharaan di rumah.

Namun begitu, tindakan individu tidak bertanggungjawab membuang kucing-kucing di tepi jalan kerana enggan memeliharanya lagi adalah satu perkara yang agak zalim.

Buang kucing peliharaan sebab anak ada asma

Lebih geram apabila tindakan tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Sudah pasti ramai warganet yang menonton berasa tidak gembira di atas perilaku sebegitu.

Perkara ini telah dikongsikan di Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia dan membuatkan lebih ramai yang berasa bengang.

Kucing Peliharaan

Kucing Peliharaan

Ramai yang marah

Tindakan pengguna Instagram yang memuat naik tindakan sepupunya itu mengundang padah apabila berjaya dikesan oleh orang ramai dan memakumkan kepada persatuan tersebut.

Menerusi keterangan daripada Persatuan Haiwan Terbiar, mereka yang membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika tertangkap, hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.

BACA JUGA: AJK Pangsapuri Ini Anjur ‘Event’ Tangkap Kucing Terbiar, Netizen Berang Sebab Siap Nak Bagi Saguhati!

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 1

Termenung lihat tuan berlalu pergi

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 2

Sebab bukan baka kayangan kan?

Walaupun mempunyai alasan kukuh membuang kucing-kucing tersebut, namun apa yang dilakukan oleh wanita itu sedikit sebanyak membuatkan ramai yang terkilan melihat kucing-kucingnya temenung apabila tuannya bergerak pergi.

Susulan daripada itu, Facebook Persatuan Haiwan Terbiar telah sesak dibanjiri dengan komen-komen daripada pencinta haiwan. Rata-rata mereka berasa sedih kerana mereka seakan tidak mahu berusaha mendapatkan ‘keluarga’ baru buat kucing tersebut dan sewenangnya membuang si comel itu di jalanan.Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 3

Kucing peliharaan tak sama dengan kucing jalanan

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 4

Kalau iklankan ramai je nak ambil

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 5

Sumber: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia

Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram! 6

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here