Kuasa Solat Jemaah, Bila Dah Buat Lelaki Ini Sendiri Rasa Lain Auranya!

Indahnya rumah tangga andai ketua keluarga selalu ajak orang rumah solat jemaah bersama, nak-nak pula kalau yang sudi bawa ke masjid bersama anak-anak.

Namun kesibukan dalam mencari rezeki hari ini banyak merampas waktu bersama suami isteri untuk menunaikan solat berjemaah bersama.

Tak mengapa… kalau dapat melakukan sekali sehari pun, itu lebih dari cukup. Apa kesannya pada suami isteri, anda boleh baca perkongsian daripada saudara Afnan Rosli yang mana dia sendiri dapat peluk aura bahagia bersama isterinya.

kuasa solat jemaah, solat jemaah bersama keluarga, solat jemaah bersama isteri, solat bersama isteri,

Petua Lembutkan Hati Pasangan

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!

BACA JUGA: ‘Gaji Suami Lebih Kecil Dari Isteri, Tapi Tetap Beri Duit Nafkah Walaupun RM50’

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Kena Saling Menghormati

Maksudnya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang bestnya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri aminkan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama-sama berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai Automatic timbul rasa hormat. Begitulah seterusnya kitaran emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah-curah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah-limpah Allah turun kan InsyaAllah.

Curi Masa Bawa Anak Ke Masjid

Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan masing-masing kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini tak kerja. So, kami ada plenty of time together.

InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal.

Apa lagi? Ajak hubby solat jom.

-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

BACA JUGA: ‘Hidup Ini Bukan Soal Siapa Dulu Berubah atau Tanggungjawab Siapa’ – Ebit Lew

No Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *