Home All Isu Semasa MEF Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam – “Mereka Tak ‘Menderita’...

MEF Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam – “Mereka Tak ‘Menderita’ Apa-Apa”

5224
0
MEF Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam -

“Mereka Tak ‘Menderita’ Apa-Apa” – MEF Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam | Pada 11 Mei lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman memaklumkan bahawa Bantuan Khas Aidilfitri akan diberikan kepada penjawat awam.

Bantuan Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 itu akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020.

Selain itu, turut menerima bantuan khas adalah pesara kerajaan yang menerima pencen, bernilai RM250.

BACA: Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu

“Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak terima sebanyak RM500.

“Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250 akan dibayar jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” katanya.

Bantuan Khas Aidilfitri yang bakal diterima penjawat awam tersebut bagaimanapun mendapat kritikan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)

Bantuan Khas Aidilfitri
Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif MEF

Menurut laporan, Ketua Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsudin Bardan berkata, pekerja sektor swasta yang terjejas akibat krisis Covid-19 berhak mendapat lebih banyak bantuan.

Ini kerana katanya, mereka yang berada di sektor swasta mengalami pemotongan gaji, pengurangan elaun atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru Shamsudin berkata, bantuan yang bakal diberikan kepada penjawat awam itu tidak patut dilakukan kerana beranggapan golongan tersebut tidak terkesan apa-apa memandangkan gaji serta elaun mereka kekal sama ketika PKP dan PKPB.

“Bayaran bantuan khas seperti itu tidak boleh dilakukan kerana kakitangan kerajaan secara harfiahnya tidak “menderita” apa-apa kerana gaji dan elaun mereka tetap kekal semasa PKP dan PKP bersyarat,” katanya.

BACA: Kita Bakal Berdepan Krisis Kewangan, Simpan Cash Sebanyak Yang Boleh!

MEF Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam - "Mereka Tak 'Menderita' Apa-Apa" 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here