Home All Isu Semasa Penduduk Terkejut, Kota Berusia 300 Tahun Yang Tenggelam Muncul Kembali

Penduduk Terkejut, Kota Berusia 300 Tahun Yang Tenggelam Muncul Kembali

3913
1
Penduduk Terkejut, Kota Berusia 300 Tahun Yang Tenggelam Muncul Kembali

Bandar berusia 300 tahun yang tenggelam disebabkan pembinaan empangan pada tahun 1970-an telah muncul kembali disebabkan cuaca kering.

Bandar ini diberi nama sebagai Old Pantabangan, terletak di wilayah Nueva Ecija, Filipina yang telah tenggelam hampir 50 tahun.

Kejadian ini telah mengejutkan orang ramai. Bekas penduduk dan pelancong telah berpusu-pusu ke empangan tersebut untuk melihat sendiri sisa kota yang kini tiba-tiba muncul.

BACA JUGA: Musim Hujan Tak Menentu Kadang Sampai Banjir! Elak Panik Kalau Kereta Naik Air & Ikut 6 Langkah Ini

Sebilangan penduduk yang percaya kepada teori konspirasi berpendapat bahawa kemunculan semula Old Pantabangan adalah tanda-tanda bahawa harapan masih wujud di tengah-tengah situasi pandemi COVID-19.

“Saya dibesarkan di tempat itu. Sebelum tenggelam, kami terpaksa larikan diri dan mencari tempat tinggal lain,” kata Alexander Agustin, seorang bekas penduduk yang mengaku gembira kerana dapat kembali ke tempat itu.

tenggelam

Pada tahun 1970-an, penduduk kota Old Pantabangan terpaksa mengorbankan harta benda dan kenangan mereka untuk memberi kebenaran kepada pembinaan salah satu empangan terbesar di Asia Tenggara.

Sumber

Penduduk Terkejut, Kota Berusia 300 Tahun Yang Tenggelam Muncul Kembali 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here