Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja tetapi kita dapat mengurangkan kadar kemalangan jika kita berhati-hati. Jika isu pengharaman rokok dan vape ditempat awam menjadi perhatian, isu kemalangan yang disebabkan oleh pemabuk seperti tidak mendapat perhatian.
Terdapat banyak kes yang berlaku di Malaysia dimana pemandu mabuk melanggar dan menyebabkan kematian orang awam. Malah, kes terbaru iaitu kakitangan CIMB turut maut dilanggar oleh pemabuk.
Rata-rata netizen merasakan bahawa seharusnya tiada lagi penjualan arak di Malaysia dan juga memperketatkan lagi undang-undang yang sedia ada. Ini kerana, kes-kes yang melibatkan pemandu mabuk sering berlaku dan sepatutnya mereka yang mabuk tidak dibenarkan memandu.
Drunk drivers DON’T DESERVE second chance. It could be us or our family members. Logik kalau kenakan hukuman mati mandatori. Jangan jadi apologists/enabler. pic.twitter.com/JOMDq4AF3T
— anuarnazir (@anuarnazir) November 18, 2019
Please do something. Ramai mana dah meninggal gara² pemandu mabuk. Please wake up. At least , jgn jadikan kematian mereka ni sia². Bg keadilan utk arwah.
Yg mabuk seronok, esok minum lagii. Yeahhhh. 🙄🙄🙄 https://t.co/F6H0lZITdD— ilaaaa (@ilaamatrani) November 18, 2019
Netizen Gesa Hukuman Setimpal Untuk Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian
Oleh itu, satu petisyen telah dilancarkan dan tinjauan kami mendapati setakat hari ini petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 14,000. Jika anda ingin memberikan sokongan untuk haramkan penjualan arak di Malaysia, anda boleh layari laman web ini.
Menerusi petisyen itu, rata-rata yang menyokong mengatakan bahawa arak bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tetapi juga boleh membahayakan orang lain jika tiada pengawalan yang sewajarnya.
Dapat dilihat isu ini sebenarnya wajar untuk dibincangkan. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

[…] pada bau mulut pemandu tersebut yang dikesan oleh orang awam, dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk. Pemandu mabuk tersebut kemudian mengakui kesalahannya itu dan akan membayar segala ganti rugi […]
[…] BACA: Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak […]