Home All Isu Semasa Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam

Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam

778
2
Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam

Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam | Pakej korban menggunakan lembu wagyu yang mencecah RM30,000 bagi satu bahagian dibenarkan dalam ibadah korban sempena perayaan Aidiladha.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ianya tidak menjadi masalah sekiranya individu tersebut mampu melakukannya.

“Pada asasnya, ibadah korban dengan lembu daging wagyu adalah tidak menjadi masalah. Ini dalam keadaan sekiranya individu itu benar-benar berkemampuan.”

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pakej korban lembu daging wagyu miyazaki dari Jepun yang mencecah RM30,000 bagi satu bahagian. Ada yang berpendapat ianya keterlaluan untuk dijadikan sebagai daging korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan tiba pada hujung bulan ini.

Tambah Dr Zulkifli lagi, Islam amat menggalakkan penggunaan haiwan yang terbaik dan sihat dalam melakukan ibadah korban. Ianya juga perlu mengikut kemampuan dan tidak sampai berhutang hanya untuk melaksanakannya. Namun dalam situasi semasa yang melanda iaitu dalam keadaan pandemik wabak Covid-19 yang merebak, maka ia perlulah diteliti dengan sebaiknya.

Jika dilihat, dengan nilai RM30,000 itu, sekiranya dihitung menggunakan jumlah nilai semasa lembu iaitu lebih kurang RM5000 bagi seekor lembu, maka kita dapat memperolehi sekitar 6 ekor lembu. Daripada jumlah 6 ekor lembu ini, sudah tentu ia dapat memberikan manfaat yang lebih besar dan ramai orang miskin akan dapat merasainya.

Justeru, kami katakan tidak salah untuk melakukan ibadah korban dengan Lembu Daging Wagyu tersebut. Tetapi dari sudut perolehan manfaat yang lebih ramai dan besar, maka sudah tentu melakukan ibadah korban dengan lembu biasa tersebut adalah lebih utama dalam situasi seperti ini.

Terlalu ramai individu yang memerlukan bantuan terutamanya untuk merasai daging Wagyu yang nilainya sekarang ini melebihi RM30 sekilo.

Daging Wagyu

Oleh itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa lebih aula (utama) dari sudut Fiqh Aulawiyyatnya [3] untuk memberi makan seramai mungkin kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

Menyentuh mengenai SOP bagi ibadah korban yang akan disambut hujung bulan ini, Dr Zulkifli memberitahu pihaknya akan mengeluarkan panduan secepat mungkin.

SOP berkenaan akan dibuat dalam bentuk info grafik atau bentuk lain yang memudahkan orang ramai memahaminya. Beliau berharap masyarakat Islam mematuhi SOP ditetapkan kerajaan itu pada sambutan Aidiladha nanti.

Sumber

Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here