Konsep Sedekah Alaf Baru, Netizen Kagum Lihat Cara Sedekah Pelanggan Ini Kepada ‘Rider’ GrabFood | Amalan sedekah merupakan salah satu amalan terpuji di dalam Islam. Bahkan Tuhan telah menjanjikan rezeki yang melimpah ruah, meghapuskan sikap sombong dan banyak lagi kepada mereka yang gemar bersedekah.
Di Malaysia, kita sering melihat orang bersedekah dalam bentuk wang ringgit mahupun keperluan harian. Namun, kali ini sedikit berbeza apabila seorang pelanggan GrabFood ini membuat pesanan makanan tetapi bukan untuk dirinya namun untuk rider yang menghantar makanan tersebut.
Konsep Sedekah Alaf Baru
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter yang dimuat naik oleh @runqifadamha, beliau telah berkongsikan pengalamannya bertembung dengan seorang pelanggan yang berhati mulia.
biasa customer order makanan untuk dia makan, tapi yang ni lain sikit. dia order untuk aku makan 😭 thankyou sis. pic.twitter.com/YPsIL7pNyT
— 🦸♂️ (@runqifadamha) December 17, 2019
Berdasarkan caption perkongsian tersebut, beliau menceritakan bahawa pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan segera melalui aplikasi GrabFood namun makanan itu bukan dibeli untuk diri sendiri, sebaliknya untuk rider berkenaan, iaitu dirinya.
Malah dalam pesanannya, pelanggan berkenaan menulis mesej memberitahu bahawa perbuatannya itu adalah ikhlas dan meminta agar pemuda itu untuk mengisi perutnya sebelum menyambung kerja.
Rata-rata netizen memuji kebaikan hati pelanggan berkenaan. Ada yang mengatakan cara sedekah ini tidak pernah terfikir oleh orang ramai.
Sedekah Makanan Macam Ni Pun Rezeki Juga Kan
Diharapkan dengan perkongsian ini mampu membuka mata orang ramai tentang kelebihan bersedekah ini. Amalan sedekah ini tidak tertumpu kepada wang ringgit sahaja, bahkan konsep sedekah itu sangat luas.

[…] ada netizen berpendapat, sebanyak mana pun jumlah derma atau sumbangan, ia tetap bergantung dengan […]