Home All Isu Semasa Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular.

Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular.

4220
0
Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular.

Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular. | Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelajar UTM Skudai, dikenali sebagai Maznah Binti Ismail, yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam pulang ke rumahnya di Malan, Dangi.

Kisahnya menjadi perhatian ramai selepas pemandu kenderaan IPD yang menghantarnya pulang, mendedahkan mengenai kedaifan hidup keluarga Maznah yang terpaksa tinggal di dalam khemah.

“Tinggal dan mempunyai rumah kediaman sendiri di Meru, Klang…”

Namun, semalam YB Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Johol tampil memberikan memberi penjelas mengenai berita yang ditularkan. Beliau menyangkal dan mengatakan bahawa perkara yang tersebar itu tidak tepat menerusi Facebook miliknya.

Assalamu’alaikum..
Untuk makluman apa yang di viralkan di dalam FB berkaitan keluarga En Reduan ini yang tinggal di dalam khemah di Kg Malan, Johol adalah tidak tepat.

Keluarga En Reduan ini tinggal dan mempunyai rumah kediaman sendiri di Meru, Kelang.

Sejak hampir 5 bulan yg lalu, En Reduan sering berulang alik balik ke Kg Malan untuk mengusahakan tanaman semula getah di tanah peninggalan keluarga beliau di samping bercucuk tanam dan memelihara ternakan malah kerap menetap bersendirian di kampung.

khemah

“Ulang alik ke Kg Malan, bina pondok utk berehat”

Tanah yang diduduki oleh beliau telah mendapat hakmilik pada tahun 2018 sewaktu pentadbiran Kerajaan BN N. Sembilan yang lalu.

Rumah peninggalan arwah ibubapa beliau yang sebelum ini terbiar kosong telah terbakar pada tahun 2015.

Sepanjang beliau berulang alik sekali sekala ke Kg Malan, beliau telah membina pondok untuk berehat & kadang kala juga tidur bersama keluarga di kampung untuk mengusahakan tanah tersebut.

Bermula cuti sekolah yang lalu, beliau telah balik ke kampung bersama isteri dan 3 orang anak, dan serentak dengan itu juga PKP diistiharkan.

khemah

PKP diistiharkan, terus menetap di pondok…

Situasi ini memaksa beliau terus menetap di pondok yang di bina.

Pihak Pejabat ADUN Johol, Masjid, masyarakat setempat, MPKK & Agensi yang lain telah memberikan bantuan sebaik mungkin kepada keluarga ini sepanjang PKP bermula sehingga ke hari ini.

Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular. 1

Ingin membina rumah di tanah peninggalan keluarga, Khemah hanya sementara waktu.

Insyaa Allah pihak Pejabat ADUN Johol perihatin dan akan membantu keluarga ini untuk pulang semula ke Meru, Klang dalam waktu terdekat, supaya mereka boleh tinggal selesa di kediaman mereka sendiri.

Harapan beliau seisi keluarga untuk membina rumah di tanah peninggalan keluarga di Kg Malan ini akan di bawa kepada agensi yang boleh membantu bersesuaian dengan status permohonan.

Terima kasih atas keperihatinan semua dan diharapkan netizen memahami situasi sebenar bukan sepertimana yang di viralkan sebelum ini.

Semoga Allah memberkati & melindungi keluarga ini serta tercapai hajat mereka ~ Aamiin

Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular. 2

Alhamdulillah..ini respons Ustaz Ebit Lew

Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.

BACA: Timbunan Sampah Jadi Sumber Rezeki Suami Isteri Ketika PKP

Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini rumah khemah semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP.

Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.

Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan yb dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.

Pagi ini Yb setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kaseh pada Yb dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya.

Syukur Alhamdulillah Yb, DO, zakat selangor, BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina di tapak rumah khemah yang dibina selepas pkp ini.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Terkini, pihak berwajib sudah dapat menyediakan van untuk menghantar keluarga ini pulang ke Meru, Klang.

Baca Selanjutnya

Kongsi Isu Sebenar Keluarga Tinggal Dalam Khemah, ADUN Johol Sangkal Berita Tular. 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here