Home All Isu Semasa Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Pilihan Terbaik...

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Pilihan Terbaik Lepasan SPM

654
0
Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Pilihan Terbaik Lepasan SPM

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Pilihan Terbaik Lepasan SPM | Apabila Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Tidak lama lagi ramailah calon-calon ini akan mula mencari dan membawa haluan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tidak dinafikan nama-nama universiti awam tersohor tempatan pastinya menjadi rebutan setiap calon. Namun dengan persaingan yang sangat hebat dengan puluhan ribu calon yang memohon, tempatnya pasti sangat terhad.

Disebabkan itulah jika kamu sebagai lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran perlu mencari dan melihat opsyen yang ada ditawarkan.

Antara opsyen yang baik untuk kamu sebagai lepasan SPM ialah Kolej Profesional MARA (KPM) yang merupakan salah sebuah intitusi MARA yang sangat bagus.

Seorang pemuda dikenali dengan nama Qayyum Aliff melakukan perkongsian menarik menerusi thread Twitter tentang kelebihan Kolej Profesional MARA (KPM) di akaun Twitter-nya, @qayyumaliff_.

Jom kita ikuti perkongsian menarik dari saudara Qayyum yang pastinya dapat memberikan manfaat yang sangat berguna khususnya buat lepasan SPM!

Untuk Pelajar Lepasan SPM. Buat adik² lepasan SPM, tahu tak KPM (Kolej Profesional Mara) merupakan institusi MARA yang bagus untuk adik²? Nak tahu kenapa? INI ADALAH THREAD.

So, first of all, Kolej Profesional MARA (KPM) ni ada 6 kolej di Pahang, Perak, Melaka, Johor, Selangor & ada lebih 10 course. Boleh rujuk dekat gambar bawah.

BACA JUGA: Kerja Atau Sambung Belajar? Ini 5 Perkara Yang Sering Menjadi Persoalan Pelajar Lepasan Sekolah!

Kolej Profesional MARA

*syarat kelayakan boleh kamu semak di sini 

KPM merupakan salah satunya institusi MARA yang yuran pengajiannya ditanggung oleh kerajaan. Kiranya adik² cuma kena bayar yuran pendaftaran tak sampai RM200 pun. Murahkan? Ni merupakan syarat untuk memohon program di KPM.

Kolej Profesional MARA

BACA JUGA: 100,000 Biasiswa Untuk Direbut, Google Tawar Peluang Belajar Dan Kerja

Adik² juga akan dapat elaun sebanyak RM300 sebulan dari pihak MARA. Uish, dah la yuran pengajian free, yuran pendaftaran murah pastu dapat elaun lagi. Tiada PTPTN. So bermakna anda bakal menjadi graduan BEBAS HUTANG.

Lecturers dekat KPM semuanya berpengalaman. Bukan yang sembarangan. So adik² tak perlu risau. Best woi belajar kat KPM. Tambah² pula lecturers dekat sini jenis yang nak tolong anak muridnya berjaya. So selebihnya terserah dekat korang punya usaha.

So, apa tunggu lagi? Marilah daftar sekarang. Tak rugi dik sumpah tak rugi. Nah abang belanja link, click je link tu.–> MOHON

Ini merupakan peluang terbaik untuk adik² yang teringin sambung belajar. So tolong jangan lepaskan peluang ni. Jangan hanya kerana nama KOLEJ, korang terus assume tu mesti swasta. Tak. KPM bukan kolej swasta.

Nah, abang dah bagitahu. So adik² jangan lepaskan peluang. Grab yr opportunity now. Oh ye. KPM sama dengan KKTM, kalau berminat kemahiran, boleh apply KKTM. Dedua sama under Mara.

SELAMAT MENCUBA!

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Pilihan Terbaik Lepasan SPM 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here