Home All Isu Semasa Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan

1508
3
saman

Seperti semua sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020, penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan dilaksanakan.

Mana-mana individu yang tidak mengikuti peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda.

saman

Semalam, tular beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Sukan Star TV memaparkan beberapa orang awam yang didakwa melanggar peraturan tersebut dan dikenakan saman oleh penguatkuasa.


Perkara ini turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri melalui laman Facebook rasmi mereka.

Menurut perkongsian tersebut, Satu Operasi Penguatkuasaan bagi Larangan Merokok diketuai oleh Dr Zainal Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya telah dijalankan di sekitar Presint 8, 9, 11 dan 18 malam tadi.


Berdasarkan laporan daripada Astro Awani, seramai 51 individu di negeri Pahang menjadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tidak merokok dalam premis makanan di seluruh negeri itu.

Rata-rata netizen menyambut baik peraturan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dan berharap perkara ini berterusan sampai bila-bila.

Saman Perokok Yang Berani Ingkar!

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan 1 Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan 2

Untuk makluman anda, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan 3

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here