Home All Keluarga Kita & Pasangan Saling Tak Sempurna.Sebab Itu Suami Isteri Kena Saling Melengkapi

Kita & Pasangan Saling Tak Sempurna.Sebab Itu Suami Isteri Kena Saling Melengkapi

2651
4
pasangan

Persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga. Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina.

Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif. Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.

Dalam rumah tangga yang dibina, perlu ada sikap kerjasama dan toleransi. kedua-dua sikap ini perlu diadun dengan sebaik mungkin bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang dibina. Tiada insan yang sempurna maka sebab itulah suami dan isteri fungsinya untuk melengkapi antara satu sama lain.

Berikut perkongsian Asyrafiah Sabri di laman Facebooknya tentang keperluan melengkapi dalam rumah tangga.

(RUMAHTANGGA BAHAGIA ITU DATANGNYA DARIPADA DUA JIWA YANG BERTOLERANSI)

Kita ni semua ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pasangan suami isteri, tugas kitalah melengkapkan kekurangan pasangan kita.

Contohnya macam suami saya, dia kalau cakap ada macam berulang-ulang sikit. Tapi saya tak pernah ejek atau gelakkan dia. Sesekali menyakat tu adalah. Dah dia pun kaki menyakat saya.

Ada masa suami saya speaking dengan saya, tapi adalah beberapa words yang dia salah. Saya tegur terus, bagitau ni salah. Sama juga kalau masa kitorang baca Quran sama-sama, ada dia tersalah atau saya tersalah, kami terus tegur on the spot. Tapi saya selalu minta maaf kat suami saya, harap dia tak terasa hati bila saya tegur dia. Sebab saya tak nak dia buat salah berulang.

Kita & Pasangan Saling Tak Sempurna.Sebab Itu Suami Isteri Kena Saling Melengkapi 1

SALING BAGI KATA SEMANGAT

Suami saya tak berani nak drive asalnya. Saya support dia bagi kata-kata semangat walaupun kita sendiri seram dia drive masa tu. Suami saya dia selalu kalau nak beli baju untuk dia, atau beli apa-apa barang dia, dia suruh saya pilih untuk dia. Padahal dekat sejam dia pilih tu 😂😂😂😂 Nak menangis mak tunggu.

Walaupun macam saya pernah cakap sebelum ni, taste kami tak sama. Saya pulak jenis jujur, bang ni tak cantik. Yang ni cantik. Walaupun yang saya kata tak cantik tu dia suka . Tapi at last saya akan cakap, abang pilih mana yang abang suka, sayang just bagi pandangan. Apa-apa pun, dia akan ikut apa yang saya pilihkan.

Dalam rumahtangga ni, formula dia begitu. Kita tak sempurna, pasangan kita pun tak sempurna. Dan, saya berani cakap, selain Allah, hanya suami atau isteri je yang tau ketaksempurnaan pasangan tu secara total.

TERIMA KEKURANGAN PASANGAN

Jadi, untuk yang dah ada pasangan halal, saling melengkapi itu lebih baik daripada mencari salah. Berlapang dada atas kekurangan pasangan. Untuk yang sedang mencari pasangan, dalam fasa berkenalan itu, terimalah seadanya. Jangan kita nak Mr Perfect ke Mrs Perfect macam drama melayu, sampai kiamat takkan jumpa.

Kita nampak rumahtangga orang lain sempurna sebab mereka saling melengkapi kekurangan pasangan masing-masing. Terima kasih buat suamiku. Sepanjang hidupnya, menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang sempurna untuk aku. Al-Fatihah abang, Fikri Hamiz bin Hamidun.

Sumber kredit: Asyrafiah Sabri

Kita & Pasangan Saling Tak Sempurna.Sebab Itu Suami Isteri Kena Saling Melengkapi 2

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here