Home Pengetahuan Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesyen Minyak, Jangan Berhenti Jika...

Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesyen Minyak, Jangan Berhenti Jika Lalu Jalan Pasir Mas-Salor.

5210
1
gerai sate

Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesyen Minyak, Jangan Berhenti Jika Lalu Jalan Pasir Mas-Salor. | Kisah misteri restoran sate di laluan lebuh raya Pasir Mas-Salor cukup popular dalam kalangan penduduk di Kelantan. Namun, kepada orang luar berhati-hati sekiranya terlihat gerai tersebut di tepi jalan.

Mengikut ceritanya, ramai orang luar pernah singgah ke gerai itu selepas melihat dihiasi lampu terang dan pelanggan memenuhi gerai untuk menikmati hidangan satay yang sedap.

Hakikatnya, gerai itu sudah tidak wujud dan jika sesiapa melalui kawasan pada waktu siang hanya akan terlihat sekadar pondok usang yang dijadikan tempat untuk berteduh oleh penunggang motosikal ketika waktu hujan.

Malah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Sulong telah memberitahu untuk mengenalpasti pondok usang tersebut ia terletak bersebelahan stesen minyak dan terdapat sebuah tanah perkuburan di belakangnya.

Pondok Usang Bertukar Menjadi Gerai Sate

“Pada waktu malam ramai orang pernah nampak pondok usang itu bertukar menjadi gerai sate. Ada juga orang kata, kalau dari jauh, ada yang pernah nampak gerai sate itu meriah dengan lampu warna-warni dan ramai pelanggan.”

gerai sate

Sulong berkata, “Orang luar yang tidak mengetahui cerita sebenar pasti akan singgah untuk menikmati sate yang terdapat di situ kerana tertarik dengan hiasan warna-warni dan pelanggan di situ.”

Mengikut kisah Sulong, sebelum ini pemilik gerai sate berkenaan memang berniaga sate di gerai namun ia sudah lama ditutup kerana pemilik itu meninggal dunia.

“Bukan niat untuk menakutkan pengguna jalan raya tetapi kalau sesiapa datang ke Kelantan dan melalui jalan Pasir Mas-Salor elaklah berhenti di gerai sate pada waktu malam. Beringat sebelum terkena,” katanya.

Malah, seorang pemuda pernah singgah ke gerai itu ketika menuju ke Kota Bharu atas urusan kerja kerana melihat ia masih ramai pelanggan walaupun waktu itu sudah menunjukkan pukul dua pagi.

Namun, pemuda tersebut hairan apabila dia sekali lagi singgah ke gerai sate tersebut dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Pasir Mas pada siangnya dan mendapati gerai itu tidak wujud.

Mundar-mandir lelaki itu mencari gerai berkenaan kerana dia yakin pernah singgah makan di tempat yang sama tetapi apa yang dijumpainya hanyalah sebuah pondok usang belakangnya mempunyai kubur.

Lebih mengejutkan lagi, pemuda itu terjumpa wang RM17 yang dibayarnya semasa makan di gerai di atas sebuah batu nisan. Dia kemudian tersedar dan berasa ada sesuatu yang tidak kena,” ceritanya.

Agak menyeramkan apabila stesen minyak bersebelahan gerai itu juga sudah lama ditutup tetapi pada waktu malam ia terang benderang seolah-olah ia dibuka kepada orang ramai.

Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesyen Minyak, Jangan Berhenti Jika Lalu Jalan Pasir Mas-Salor. 1

“Stesyen minyak ini juga sudah lama tutup. Kalau ternampak cahaya terang dan orang di kaunter itu bukannya manusia dan ramai orang luar sudah terkena,” ujarnya lagi.

Lokasi itu juga dikatakan tempat ‘panas’ kerana sering berlaku kemalangan.

Ia sering terjadi apabila pemandu cuba mengelak daripada melanggar kelibat secara tiba-tiba muncul dari arah tanah perkuburan untuk melintas di jalan raya.

Bagaimanapun sehingga kini, pelbagai kisah misteri menyelubungi gerai tersebut menjadi tanda tanya penduduk tempatan.

Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesyen Minyak, Jangan Berhenti Jika Lalu Jalan Pasir Mas-Salor. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here