Home All Isu Semasa Kisah Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Hadir Orientasi Undang Sebak

Kisah Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Hadir Orientasi Undang Sebak

2902
1
murid darjah 1

Kisah Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Hadir Orientasi Undang Sebak | Sesi persekolahan bagi tahun 2020 akan mula dibuka pada 2 Januari 2019 ini, bermakna tinggal dua hari lagi.

Beberapa buah sekolah sekitar Malaysia mula adakan sesi orentasi bagi pelajar darjah satu. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat memandangkan ini merupakan perkara baru bagi mereka.

Namun lain pula jadinya dengan kisah yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai Nadwa Nassir di Facebook miliknya. Seorang murid darjah 1 memimpin tangan kedua orang tuanya bagi sesi orientasi di sekolahnya memandangkan mereka cacat penglihatan. Sebaknya.

murid darjah 1

Murid Darjah 1, Dia sendiri tulis no telefon mak ayah

Sentap hari terakhir tahun 2019. Hari ni terima murid darjah 1. Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020. Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1.

Hari pertama dia sendiri ke sekolah. Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah. Walau baru bertatih menulis. Walau nombornya terbalik. Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini.

Tunjuk kawasan sekolah kepada ibu ayah

Selesai orientasi. Dia pimpin mak ayah dia. Tunjuk kelas dia kat mana. Padang kat mana. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat. “Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?” Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak explain macam nampak-nampak je)

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat..Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.

Berair air mata

murid darjah 1murid darjah 1

Sumber : Nadwa Nasir

Kisah Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Hadir Orientasi Undang Sebak 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here