Alhamdulillah, Inilah Kisah Berhijrah Makhluk Paling Seksi Mulan Jameela | Siapa tidak kenal dengan penyanyi Indonesian, Mulan Jameela yang suatu ketika dahulu pernah hit dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’. Penyanyi ini kini dilihat tampil bertutup litup sehingga menjadi tanda tanya orang ramai.
Rata-rata memuji perubahan drastik dilakukan penyanyi tersebut yang sememangnya diketahui umum berpakaian agak seksi sebelum ini.
Tertutup penuh hijab selepas Berhijrah
Sejak beberapa bulan lalu, isteri kepada penyanyi terkenal Ahmad Dhani mula berhijrah dengan memakai tudung. Keputusan itu menimbulkan persoalan orang ramai. Bahkan, suaminya sendiri tidak ada jawapan dan hanya mendoakan terbaik buat isterinya.
Ada desas desus mengatakan Mulan sedang ditimpa masalah membuatkan dia bertudung namun dinafikan oleh Mulan sendiri.
Apa yang membuat saya memutuskan untuk berhijrah banyak alasan sekali, diantaranya mulai anak, orangtua, untuk diri saya sendiri, untuk suami, banyaklah Malah yang penyesalan sampai sekarang kenapa nggak dari dulu. Itu aja sih yang mungkin waktu mamah masih ada, orangtua masih ada.
Tidak banyak yang saya berikan untuk mereka yang saya rasa orangtua kalau kita dapat melihat anak sholeh anak solehah pasti itu hal yang tidak terukur kebahagiaannya.
Rasa ketakutan dalam kapal terbang
Penyanyi cantik ini turut kongsi saat dia tekad ingin berhijrah. Kejadian ini berlaku apabila ibu empat anak ini bersama suami, Dhani sedang berada dalam penerbangan menuju Palestin.
Salah satu yang bikin semakin yakin mungkin perjalanan dari Jakarta ke Palestina. Itu kan aku di pesawat sempat ngalamin pesawat goyang banget yang bikin aku lumayan ada rasa ketakutan dan merasakan kayaknya aku udah meninggal nih saat itu.
Mas Dhani pun aku selama jalan sama mas Dhani ga pernah ngelihat sekhawatir itu sampai mas Dhani baca doa.
Menurutnya ketika berada di dalam kapal terbang, dia merasa begitu ketakutan bahkan hingga merasa dirinya sudah meninggal. Disebabkan perkara itu, dia akhirnya membuat keputusan untuk berhijab dan berhijrah menjadi lebih baik.
Itu mungkin bahagian dari alasan untuk berhijrah juga. Mengingat kematian juga adalah ibadah menurut aku.
Sumber : Nakita

[…] Farah Roslan berkata dia mendapat idea menghasilkan hijab pakai buang steril itu kerana bimbang tudung yang dipakainya sehari suntuk mungkin sudah tidak bersih dan dicemari kuman. Ketika itu dia sedang […]
[…] dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya yang kelihatan tidak berhijab semasa Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada 9 Februari […]
[…] Trivago, Dahlia Shazwan Kini Manis Berhijab. Hati Saya Rasa Macam Berhutang. | Pengacara HLive!, Dahlia Shazwan yang sangat sinonim dengan […]