Home All Isu Semasa Adakah Kim Jong Un Masih Hidup Atau Ada ‘Klon’? Kemunculan Terbaru Nampak...

Adakah Kim Jong Un Masih Hidup Atau Ada ‘Klon’? Kemunculan Terbaru Nampak Mencurigakan.

7184
0

Kisah pemimpin Korea Utara Kim Jong Un nampaknya masih hangat diperkatakan selepas beliau membuat kemunculan secara mengejut di kilang baja Sunchon pada 1 Mei yang lalu. Perkara ini sekali gus melenyapkan semua khabar angin yang dia telah meninggal dunia yang tular sebelum itu.

Persoalannya ialah, adakah Kim Jong Un yang muncul adalah Kim Jong Un yang sebenar?

Walaupun jelas Kim Jong Un membuat kemunculannya pada waktu itu, namun pengguna internet enggan mempercayainya dan merasakan bahawa pemimpin Korea Utara itu mungkin mempunyai klon.

BACA: Rakyat China Yang Datang Dekat Dengan Sempadan Korea Utara Akan Ditembak

Kim Jong Un

Konspirasi ini muncul ketika ramai yang sudah menganggap bahawa Kim Jong Un sebenarnya sudah meninggal dunia selepas tewas akibat kegagalan pembedahan jantung baru-baru ini.

Oleh itu, ramai netizen telah mengkaji secara teliti berkenaan perkara itu dan membuat perkongsian di Twitter tentang perbezaan gambar penampilan terbaru Kim Jong Un dan membandingkan rakaman dengan gambar sebelumnya.

Mereka menunjukkan perbezaan ciri fizikal seperti gigi dan telinganya.

Bukan itu sahaja, malah bekas anggota Parlimen Britain Louise Mensch juga ada menyiarkan beberapa tweet mengenai perkara itu.

“Ia bukan orang yang sama.”

Spekulasi itu nampaknya berjaya membuatkan netizen benar-benar bingung memikirkannya. Malah, Twitter terus dibanjiri dengan catatan yang membandingkan gambar lamanya dengan penampilannya baru-baru ini.

Difahamkan ada segelintir pihak telah mendakwa bahawa terdapat klon yang menyerupai pemimpin Korea Utara yang berdiri disebelahnya dan pernah dilihat sebelum misi pelancaran peluru berpandu Hwasong-14. Malah, klon itu juga dikatakan turut mempunyai potongan rambut dan mengenakan pakaian yang sama.

Khabar angin mengenai kesihatan dan kematian Kim Jong Un mula tular setelah beliau gagal menghadiri sambutan ulang tahun pengasas negara tersebut iaitu Kim Il Sung pada 15 April. Pada 12 April lalu, dia dilaporkan menjalani satu pembedahan dan tidak memunculkan diri di khalayak ramai selepas itu.

Apa pendapat anda?

BACA: 5 Khasiat Kimchi Makanan Orang Korea Yang Elok Untuk Turunkan Berat Badan

Baca Selanjutnya

Adakah Kim Jong Un Masih Hidup Atau Ada ‘Klon’? Kemunculan Terbaru Nampak Mencurigakan. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here