Home All Isu Semasa Terdesak Masalah Kewangan, Khalid Jamlus Reda Lepaskan Trofi Kasut Emas

Terdesak Masalah Kewangan, Khalid Jamlus Reda Lepaskan Trofi Kasut Emas

669
0
Terdesak Masalah Kewangan, Khalid Jamlus Reda Lepaskan Trofi Kasut Emas

Selepas tiga tahun tidak bekerja menjadikan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus terpaksa reda melepaskan beberapa koleksi yang dikumpul sepanjang bergelar pemain profesional termasuklah sebuah trofi kasut emas yang dimenangi pada tahun 2002 selepas menjuarai saingan Liga Perdana (Liga Super).

Terdesak perlukan duit selepas tiga tahun tidak bekerja biarpun memiliki lesen kejurulatihan kelas B, trofi yang dijual melalui bidaan secara langsung di Facebook itu berjaya dijual dengan nilai RM10,500.

Selain daripada trofi tersebut, Khalid Jamlus yang merupakan bekas pemain Perak dan Selangor juga terpaksa reda melepaskan jersi dan medal kemenangan.

Khalid Jamlus

Khalid Jamlus pernah mencatakan rekod dengan merangkul trofi kasut emas selepas berjaya menjaringkan gol sebanyak 17 kali pada 2002.

Kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah pada tiga tahun lalu sebagai penolong jurulatih PDRM FA.

Khalid Jamlus Bukan Malas Cari Pekerjaan Lain

Namun, dalam pada orang ramai bersimpati dengan nasib malang Khalid, ada juga kata-kata ‘nakal’ yang mendakwa pemain berkenaan malas dan malu untuk mencari pekerjaan biasa.

Enggan tindakannya itu disalah erti, Khalid Jamlus kemudian tampil memperjelaskan perkara sebenar.

Menurut Khalid, orang di luar hanya pandai bercakap, namun tidak tahu apa yang terpaksa dilaluinya.

“Ada orang cakap kau sihat, boleh cari kerja, ya betul. Memang saya boleh cari kerja, jadi jaga (pengawal keselamatan) pun boleh no problem.

“Tapi nanti orang akan lalu, Khalid keje jaga je? Apa yang dia ada tu kenapa tak bawa dia duduk dalam satu pasukan,” katanya.

Tambah Khalid lagi, dia tidak menolak suatu hari nanti dia akan bekerja seperti itu.

“Kalau sampai satu masa hakitkatnya tertulis itu pekerjaan aku, saya proceed, tiada perasaan malu.

“Kalau nak tahu lepas aku habis main boleh pada 2011, saya kerja sebagai kuli je. Jaga jalan sampai berkilat muka.

“Aku ok je, tapi bila ada hamba Allah kata aku pemalas..,” katanya.

Khalid berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebooknya malam semalam.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Jualan menerusi bidaan Facebook itu kemudian mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjemputnya hadir ke pejabat bagi mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang dihadapinya.

BACA JUGA:Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

Terdesak Masalah Kewangan, Khalid Jamlus Reda Lepaskan Trofi Kasut Emas 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here