Kesan Ketiadaan Pelancong, Monyet Di Thailand Bergaduh Rebut Makanan | Wabak coronavirus bukan sahaja menjejaskan kesihatan dunia, malah sektor perlancongan dan ekonomi negara-negara juga turut terlibat.
Tempat-tempat yang seringkali menjadi tumpuan pelancong, kini dilihat lengang dan tidak meriah seperti dahulu.
Dalam tidak, perkara ini juga telah memberi kesan kepada hidupan liar yang hidup bergantung atas ihsan pelancong yang berkunjung tiba. Nasib ini telah dikaitkan dan dikatakan berlaku kepada segerombolan monyet-monyet di sekitar Thailand.
Menurut satu perkongsian di laman Twitter, monyet-monyet tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan yang lain. Dua kumpulan ini bergaduh dan menyerang antara satu sama lain kerana berebut sumber makanan.
Inilah Yang Berlaku Apabila Monyet Bergantung Makanan Dari Pelancong
Hundreds of hungry monkeys swarm across Thai street as ‘rival gangs’ fight over food after tourists who normally feed them stay away because of coronavirus https://t.co/lQZ0sOzwDF pic.twitter.com/8TgrCTBrQ8
— Daily Mail Online (@MailOnline) March 12, 2020
Kebiasaannya, monyet-monyet ini akan diberikan makanan oleh para pengunjung yang sering hadir di tempat berkenaan. Kini, monyet-monyet ini seakan-akan hilang tempat bergantung kerana kehadirian pengunjung sama ada dari dalam ataupun luar negara kian berkurang.
Malah, ada yang turut menyamakan situasi yang berlaku kepada monyet-monyet tersebut dan juga senario yang berlaku kepada penduduk dunia hari ini.
Ada juga yang berharap agar penduduk-penduduk tempatan akan tetap memberikan sedikit makanan kepada haiwan-haiwan liar itu meskipun tiada kedatangan yang pelancong.
Mereka juga merupakan benda yang bernyawa dan tidak sepatutnya dibiarkan tersiksa. Dalam keadaan genting seperti ini, kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri, bahkan sewajarnya menolong diantara satu sama lain.
Sumber: Twitter.

[…] sahaja manusia tersiksa akibat wabak ini, nasib haiwan-haiwan jalanan turut terumbang-ambing disebabkan penutupan kedai-kedai makan dan juga arahan PKP yang […]