Lihat Bagaimana ‘Lockdown’ COVID-19 Beri Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia | Sejak wabak coronavirus melanda beberapa negara, aktiviti hidup manusia terhenti buat sementara waktu apabila ada sesetengah negara yag memerintahkan penguncian bagi menangani wabak ini.
Antara langkah yang diketengahkan oleh kebanyakkan negara adalah penjarakkan sosial serta melakukan pengasingan dengan kekal duduk di rumah bagi tujuan memutuskan rantaian COVID-19.
Selain itu, situasi ini juga telah menyebabkan beberapa kilang terpaksa ditutup, pergerakan manusia terhad dan secara perlahan-lahan landskap di beberapa bandar atau tempat tumpuan pelancong menjadi tanah lapang.
Himalaya mountains can be seen from Jalandhar since pollution has reduced in Punjab. Beautiful sight 😍#punjab #COVID19 #pollution pic.twitter.com/iZy7hwxX9R
— TjSingh (@covsinghtj) April 3, 2020
Peluang Alam Sekitar Memulihkan Diri Dari Pencemaran Manusia
Walaupun suasana penguncian ini kelihatan suram dan bungkam, namun tahap pelepasan karbon yang rendah akibat daripada aktiviti manusia yang berkurang telah memberi manfaat yang baik untuk alam semulajadi.
Di negeri Punjab di utara India, selepas 30 tahun tidak kelihatan, akhirnya Himalaya menunjukkan dirinya selepas kualiti udara yang lebih baik akibat daripada penguncian yang dilakukan oleh kerajaan India.
Air quality in #Mumbai has improved much that now I can see Burj Khalifa from Marine Drive and Mount Everest from Dadar. #Coronavirus #India pic.twitter.com/AZbwZRfVln
— Tejan Shrivastava (@BeingTeJan) April 5, 2020
Manakala di Mumbai, perbezaan kualiti udara juga dapat di lihat di sepanjang pantai barat India.
Sejak Iran mengenakan langkah-langkah penjarakkan sosial serta perintah berkurung bagi membendung wabak ini, kualiti udara di beberapa tempat di sekitar Iran bertukar menjadi lebih baik.
Di Venice pula, sejak kota itu berehat daripada menerima pelancong asing selepas Itali terjejas teruk akibat COVID-19, alam sekitar sedang pulih jika dilihat air yang keruh sebelum ini kini kembali bersih.
Sementara itu, rusa di Taman Nara Jepun pula telah mengambil ‘inisiatif’ sendiri dengan mengembara ke kawasan kejiranan bagi mencari makan selepas kadar penurunan jumlah pelawat.
3月2日朝のJR奈良駅、30年住んでるけどはじめて、奈良公園から2kも離れた所に鹿が。観光客が鹿せんべいをくれないから遠くまできて朝食。奈良に来て鹿せんべい食べさせて! pic.twitter.com/OuSyYJ8KYo
— まるちゃん (@lovemaruchanday) March 1, 2020
Imej satelit ini pula menunjukkan penurunan paras nitrogen dioksida yang luar biasa di China dari bulan Januari sehingga Februari selepas coronavirus menyerang negara tersebut. Alam sekitar mendapat peluang untuk merawat diri sendiri..
Dalam satu laporan yang dikeluarkan pakar, situasi ini hanya bergantung kepada berapa lama wabak COVID-19 akan berlaku dan situasi yang terjadi kepada alam sekitar adalah faktor kepada langkah-langkah penguncian dan penjarakkan sosial yang dilakukan oleh beberapa negara.
Untuk rekod, lebih 1.5 juta orang telah dijangkiti wabak COVID-19 manakala lebih 90,000 kematian telah dicatatkan. Amerika Syarikat masih mencatat rekod sebagai negara paling teruk terjejas diikuti dengan Sepanyol, Itali dan Jerman.

[…] tersekat di sini (untuk sementara waktu) tetapi kami dapati tempat ini menarik, dikelilingi dengan masyarakat yang baik dan kami akan menunggu sehingga keadaan wabak menjadi […]
[…] Baca Juga: Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown! […]
[…] BACA JUGA: Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown! […]
[…] Baca :Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown! […]
[…] BACA: Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown! […]
[…] BACA: Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown! […]