Home All Isu Semasa Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut

2949
0
kesan covid-19

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut | Coronavirus telah menyerang lebih 114 negara di seluruh dunia dengan China mencatatkan angka tertinggi kematian. Namun terbaharu, pakar menjangka COVID-19 bakal menjadikan ramai muflis berbanding maut.

Kesan kepada penularan wabak ini telah dapat dilihat secara dalam sudut pandang ekonomi apabila ada beberapa syarikat besar sudah mula menawarkan beberapa skim cuti tanpa gaji bagi menampung perniagaan yang menerima kesan buruk daripada wabak ini.

Kesan Covid-19 Terhadap Ekonomi Dunia

Dalam satu tulisan panjang yang dimuat naik oleh Pakar Pembangunan Ekonomi, Omar Hassan di akhbar The Independet. Beliau menjangkakan wabak ini akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang manusia.

kesan Covid-19

Beliau berkata jika tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan, maka ramai manusia akan mendapat kesan seperti halangan untuk pergi bekerja, dihentikan oleh majikan atau mereka akan menghadapi cabaran lagi besar untuk mengekalkan perniagaan mereka.

“Triliunan dolar yang dihapuskan dari pasaran kewangan minggu ini akan menjadi permulaan.” Katanya.

Perniagaan kecil bakal menerima kesan yang besar jika rantaian bekalan tidak dapat disambung. Penutupan kilang-kilang di China telah menyebabkan Indeks Pengurusan Pembelian berada di tahap rendah.

Tambah beliau lagi, China adalah pengeksport terbesar di dunia dan jika China menghadapi masalah, ia akan menjadi masalah buat seluruh dunia.

“Semua ini akan lebih membimbangkan bahawa kerajaan terus melihat kesan Covid-19 ini sebagai krisis kesihatan, bukan sahaja ekonomi.” Katanya.

Beliau menambah bahawa sejak wabak ini telah diumumkan sebagai pandemik. Kesan Covid-19 memberikan banyak keburukan dan dapat dilihat apabila berlaku kejatuhan mendadak pasaran saham, perang minyak antara Russia dan Arab Saudi serta kesan perang di Syria.

Sumber: Economist

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here