Home All Kisah Teladan Kerja Kutip Sampah Berjam2 Sehari, Bangga Dapat Hantar Anak ke Universiti

Kerja Kutip Sampah Berjam2 Sehari, Bangga Dapat Hantar Anak ke Universiti

3754
2
sampah

Kerja Kutip Sampah Berjam2 Sehari, Bangga Dapat Hantar Anak ke Universiti | Berbau busuk dan kotor tidak dihiraukan. Malah Ismail Ahmad, Nor Hamdan Mat dan Mohd Asri Yusoff nekad bekerja sebagai pengutip sampah sehingga mampu melanjutkan pengajian anak-anak ke universiti.

Mereka yang bekerja bagi Alam Flora selama lapan jam serta dua kali sehari itu perlu melakukan pembersihan di lorong belakang dan tepi jalan sekitar Kuala Lumpur.

Bagi Ismail, 59, bapa kepada empat anak itu bersyukur setelah hasil titik peluhnya selama ini mampu menanggung ahli keluarga dan memberi pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.

“Tiga anak saya belajar di universiti,” katanya dengan bangga.

Hamdan pula berkata, dia tidak mengambil kisah jenis pekerjaan apatah lagi syarikat tersebut menawarkan kerja stabil dan mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

“Kerja kutip sampah ini bukannya teruk sangat dan ia bukan kerja tidak bermaruah, ia masih pendapatan halal.” ujarnya.

sampah

Selain itu, Asri yang bertugas sebagai pemandu lori akan turun membantu rakan sekerja bagi mengutip sampah sekiranya diperlukan.

Sumber : FMT News

Kerja Kutip Sampah Berjam2 Sehari, Bangga Dapat Hantar Anak ke Universiti 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here