Home All Isu Semasa Kerja Bawa Van Jenazah, Bapa Tak Daya Hantar Anak2 Sendiri Untuk Disemadikan

Kerja Bawa Van Jenazah, Bapa Tak Daya Hantar Anak2 Sendiri Untuk Disemadikan

6884
1
Kerja Bawa Van Jenazah, Bapa Tak Daya Hantar Anak2 Sendiri Untuk Disemadikan

Kerja Bawa Van Jenazah, Bapa Tak Daya Hantar Anak2 Sendiri Untuk Disemadikan | Pemergian tiga beradik yang dipercayai lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu semalam sememangnya sangat mengejutkan seluruh negara.

Anak-anak harapan yang baru sahaja ceria menyambut hari raya bersama bapa tersayang pergi meninggalkan insan tua itu di hari raya ke-4.

Tak daya hantar van jenazah anak sendiri ke perkuburan

Menerusi Harian Metro, Mohd Ismail, 64 iaitu bapa kepada  Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16 yang ditemui sudah meninggal dunia pagi tadi nyata tidak berdaya membawa pulang jenazah anak-anaknya walaupun dia merupakan seorang pemandu van jenazah.

van jenazah

“Sejak bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah.”

Menerusi sumber lagi, ketiga-tiga anaknya mempunyai cita-cita untuk berjaya apabila masing-masing  berusa gigih belajar untuk mencapai impian masing-masing.

BACA: Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’

Menurut Ismail, dia telah menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Akan disemadikan dalam satu liang

Jenazah disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung di Marang.

Jenazah adik-beradik ini dijangka akan disemadikan pada petang ini dalam satu liang bersebelahan pusara ibunda mereka.

Sumber :  Zaid Salim (Harian Metro)

Kerja Bawa Van Jenazah, Bapa Tak Daya Hantar Anak2 Sendiri Untuk Disemadikan 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here