Home All Isu Semasa Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam...

Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Makian Netizen

31898
0
Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Makian Netizen

Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Makian Netizen | Dalam keadaan dunia sedang risau dengan penularan wabak COVID-19, masih ada sebilangan kecil antara kita yang tidak peka dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan juga elak bergaul dengan orang ramai buat masa ini.

Mengikut laporan semasa, sebanyak 673 kes baru dan 2 kemtian dilaporkan sehingga artikel ini ditulis membabitkan pesakit COVID-19. Angka ini mungkin bertambah sekiranya masih ramai antara kita yang ingkar dengan arahan kerajaan.

PASANGAN TERBANG KE KOREA KERANA MENGIDAM

Degil dan keras kepala! Itu lah yang dapat digambarkan kepada pasangan suami isteri ini apabila mereka berdua dilihat bangga berkongsi gambar dan video untuk keluar melancong ke Korea Selatan.

korea

Ianya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amira Marlisya yang turut kecewa dengan sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri macam ni di saat kita sedang berusaha untuk mencegah, lain pula jadinya.

NAIK FLIGHT PUKUL 1 MALAM PADA 18 APRIL

Difahamkan pasangan tersebut meninggalkan negara pada jam 1 pagi tadi dengan alasan terlalu mengidam untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut.

korea
Pasangan ini dilihat bangga apabila memuat naik momen sepanjang proses di lapangan terbang menerusi medium media sosial.

BACA: Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan #Covid19

Secara tidak langsung ianya mengundang rasa tidak puas hati netizen terhadap sikap pentingkan diri sendiri mereka ini. Sedangkan Malaysia kini dalam proses Perintah Kawalan Pergerakan, mereka boleh pula bersenang lenang untuk bercuti.

Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Makian Netizen 1
Respon si suami apabila ditegur netizen
korea
Respon isteri apabila dimarahi oleh netizen.

TIDAK PEKA DENGAN KEADAAN SEMASA DAN MENGUNDANG PENYAKIT

Di manakah sikap tanggungjawab diri sendiri yang mana negara yang mereka melancong itu adalah salah satu negara yang berisiko tinggi buat masa sekarang.

Melihat sahaja ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komel kesal dengan tindakan pasangan terbabit seolah-olah sengaja cari pasal dan menyusahkan pihak kerajaan kelak sekiranya mereka disekat ataupun dikuarantin di negara berkenaan.

koreaNetizen luah rasa kesal tindakan pasangan terbabit

Kesimpulannya kita harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Jangan disebabkan kehendak diri akibatnya orang lain yang jadi mangsa kelak.

Sekali lagi suka penulis ingatkan bahawa masyarakat perlu menjaga kesihatan diri dengan kekal berada di dalam rumah dan mengelakkan dari berada di luar kawasan rumah buat seketika memandangkan usaha kerajaan dalam mencegah penularan wabak ini.

Kredit: Twitter Amira Marlisya

Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Makian Netizen 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here