Home All Isu Semasa Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah.

5264
1
Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. | Menjadikan cinta sebagai satu landasan untuk membina keluarga adalah satu perkara yang perlu dipertimbangkan.

Apa lagi jika seseorang itu belum berkemampuan dan masih ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Namun, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Natipah Abu, pastinya membuatkan kita ‘sakit kepala’ dengan situasi yang dihadapi oleh sebuah keluarga.

Sudahlah Bermadu Duduk dalam timbunan sampah Pulak..

Keluarga tersebut tinggal di sebuah rumah 3 tingkat yang penuh dengan sampah dan barangan kitar semula serta  didiami oleh beberapa orang kanak-kanak serta 2 orang isteri.

cinta

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 1

Bilik isteri pertama & kedua hanya dipisah langsir

Rumah yang mempunyai tiga tingkat itu dihuni tiga orang dewasa dan dua orang kanak-kanak serta  dipenuhi sampah sarap, Mereka hanya tinggal di tingkat 2 rumah tersebut dengan bilik isteri pertama serta kedua dipisahkan dengan langsir sahaja.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 2

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 3

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 4

Isteri kedua pernah belajar di IPT

Isteri kedua keluarga ini sedang hamil tujuh bulan dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Lebih mengejutkan, wanita itu mempunyai tunggakan bayaran PTPTN bermakna dia pernah menuntut di institusi pengajian tinggi.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 5

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 6

Bawa keluar ke tempat baru

Susulan daripada aduan jiran tetangga, beberapa pihak tertentu telah membantu mereka keluar daripada rumah tersebut dan memberikan sebuah penempatan baru di rumah flat. Bayaran awal ditanggung dahulu sebelum dilepaskan kepada mereka.

Isteri kedua telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal tersebut dan segala perkakas asas rumah turut disediakan.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 7

Proses perpindahan selesai

Setakat ini, proses perpindahan mereka semua sudah selesai dan pihak sumber hanya memerlukan bantuan daripada mana-mana agensi untuk menyalurkan sumbangan bagi menanggung kos perpindahan mereka itu.

BACA: Timbunan Sampah Jadi Sumber Rezeki Suami Isteri Ketika PKP

Perkongsian tersebut diharap dapat memberi ikhtibar kepada semua dalam mengemudi hidup agar tidak tersasar kearah yang lebih memeritkan. Jangan kerana cinta gelap masa hadapan.

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 8

Sumber : Natipah Abu.

Baca Selanjutnya

Kerana Cinta Itu Buta Sanggup Bermadu Dan Hidup Dalam Longgokan Sampah. 9

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here