Home All Isu Semasa Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni...

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

3544
1
Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah | Perancang dan pengurusan bandar bukanlah tugas yang mudah.

Mereka perlu mengkaji setiap lokasi dengan teliti bagi mengelak daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

Namun, di Mesir mereka telah menjalankan satu projek lebuh raya yang membangkitkan kemarahan ramai orang. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang jadikan kejadian ini sebagai bahan jenaka.

lebuh rayaJambatan Teraet Al-Zomor yang sedang dalam pembinaan, juga dikenali sebagai Raja Salman Axis telah mendapat perhatian rakyat Mesir apabila pembinaannya begitu dekat dengan bangunan kediaman warga Mesir.

Secara perspektif, bahagian tepi jambatan lebuh raya tersebut dikatakan hanya berjarak sekitar 50 sentimeter dari bangunan kediaman. Ini bermaksud bahawa lebuh raya itu dapat dicapai dari balkoni rumah orang.

lebuh raya

Selain jumlah pencemaran yang melampau jika jambatan ini siap nanti. Nasib para peniaga dan penduduk yang tinggal di bawah lebuh raya itu turut diperdebatkan.

Mereka yang berada di tingkat bawah akan terkesan dengan kegelapan kerana jumlah cahaya yang masuk dihalang oleh jambatan tersebut.

Jambatan ini dilaporkan terletak di Giza Governorate, melalui Jalan Nasr El-Din di Al-Haram, Kaherah. Panjangnya 12 kilometer dan lebarnya adalah 65.5 meter. Ia dianggarkan berharga sekitar 5 bilion pound Mesir, atau hampir 317 juta dolar AS.

lebuh raya

Orang ramai sudah membantah pembinaan jalan raya ini. Mereka memberi alasan bahawa lebuh raya ini akan menimbulkan masalah keselamatan kepada orang ramai.

Anggota Parlimen Mohamed Fouad telah mendesak untuk mempertimbangkan semula projek pembinaan, dengan menyatakan bahawa ia tidak hanya membahayakan penduduk secara fizikal dan privasi, tetapi juga secara langsung akan mempengaruhi perniagaan yang terletak di bawah lebuhraya.

BACA: Doktor Mesir Ini Kongsi Rahsia Rawat Penglihatan Di Dalam Al Quran

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here