Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Singapura Tarik Perhatian, Netizen Rayu Jangan Ngelat Self Kuarantin Selama 14 hari! | Menerusi Facebook Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, Johor, seorang pegawai Imigresen iaitu Kyaizee Mohd berkongsi beberapa foto kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura semalam.
Foto tersebut diambil kira-kira pukul 8 malam di di CIQ Checkpoint, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
Welcome home Malaysians
Thermal screening
Rakyat Malaysia Tolong self kuarantin
Memandangkan Malaysia sudah melalui tempoh getir selama PKP yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi, ramai netizen menekankan agar Rakyat Malaysia yang pulang dari Singapore melakukan self kuarantin sebaik mungkin. Ini bagi memastikan tidak wujud kluster jangkitan.
Rata-rata netizen turut meninggalkan pesanan di mana, kesemua mereka yang hendak pulang ke tanah air perlu patuh akan arahan kerajaan iaitu melakukan self kuarantin selama 14 hari di rumah. Tambah mereka, jika kesemua rakyat menjadi warga yang bertanggungjawab, sudah pasti wabak Covid-19 ini dapat dibanteras.
Sumber: Kyaizee Mohd & Ukk Bsi

[…] ditempatkan untuk dikuarantin 14 hari di sebuah hotel lima bintang dan memuat naik pengalamannya kuarantin di hotel […]
[…] BACA: Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Singapura Tarik Perhatian, Netizen Rayu Kuarantin Selama 14 hari! […]