Home All Keluarga Kenapa Perempuan Berani Curang? Inilah 5 Faktornya Suami Mungkin Terlepas Pandang.

Kenapa Perempuan Berani Curang? Inilah 5 Faktornya Suami Mungkin Terlepas Pandang.

5233
1
curang

Isu curang kerap kali dikaitkan dengan kaum lelaki kerana merekalah makhluk yang mempunyai pemikiran paling ringkas. Dalam pemikiran mereka, pilihan yang ada cuma YA atau TIDAK.

Namun, mereka tidak sama sekali menjangkakan bahawa satu lagi makhluk yang mempunyai pemikiran paling kompleks berupaya membuat keputusan untuk berlaku curang walau di dalam keserabutan otak mereka.

Penulis ingin sekali berkongsi dengan pembaca semua berdasarkan pengalaman penulis mendengar keluh kesah isteri-isteri yang curang dan apakah faktor-faktor yang boleh membuatkan seseorang wanita melakukan kecurangan.

5 Faktor Isteri Berani Untuk Curang

curang

Faktor 1: “Kalau u boleh, kenapa I tak boleh”

Penulis yakin dialog ini tidak asing di kalangan mereka yang sudah berumah tangga terutamanya sang suami yang mempunyai sejarah berlaku curang.

Bila berlaku kecurangan di dalam satu perhubungan, pihak yang merasa dianiayai (isteri) mempunyai satu perasaan tidak puas hati dan merasakan untuk sang suami memahami apa yang si isteri rasa adalah dengan membalas semula perbuatan suami itu tadi dengan tindakan sama.

Lelaki kalau curang mahu disorok sedalam-dalamnya, tapi perempuan kalau curang mahu ditunjuk sedaya upayanya sama ada secara sengaja atau tidak.

Faktor 2: ” Hadap jelah game tu sampai kiamat”

Gamers lelaki sekalian, bila anda berkehendak melepaskan hajat pandai pula mencari isteri masing-masing. Bila sudah langsai dihadaplah semula game itu sampai datang kembali semula hajat yang perlu ditunaikan sehinggalah kiamat.

Isteri anda bukannya mangkuk yang perlu menadah kemahuan anda bila diperlukan sahaja. Mereka perlu diberi perhatian, perlu diberi belaian dan perlu dihormati juga.

Faktor 3:¬†” U ni ada masalah ke? Ni dah 3 bulan kita tak bersama”

Kemahuan untuk melakukan hubungan intlm bukan sahaja ada pada lelaki, tetapi juga pada perempuan. Si isteri bukanlah sekadar sepohon kayu, tetapi makhluk tuhan yang paling indah.<

Setiap bulan pada waktu-waktu tertentu hormon kegat4lannya agak melebih sedikit dan pada masa inilah tumpuan dan fokus suami sangat diperlukan. Namun, apakan daya suaminya lebih gemar melayan p0rn0 di telefon pintar dan menyelesaikan apa yang patut selepas itu.

Sesungguhnya sang suami itu berada di dalam kerugian sedangkan makhluk tuhan yang paling indah berada di depan mata.

Faktor 4: ” I bosan lah dengan u ni”

Perempuan juga mempunyai rasa bosan yang melampau terhadap pasangannya sama ada pasangannya terlalu baik atau terlalu jahat.

Walaupun perempuan lebih baik melaksanakan perkara rutin, tetapi perempuan juga memerlukan kejutan dalam perhubungannya sekali sekala. Bukan kejutan yang boleh mengundang maut, tetapi kejutan yang meransang spiritualnya, meransang intelektualnya dan meransang nafsunya.

Faktor 5: ”¬†Jeleslah I tengok Peah tu skandal kiri kanan tak padan dengan muka”

Pengaruh kawan-kawan juga sangat memainkan peranan. Kebanyakan kaum wanita amat mudah dipengaruhi. Maka, apabila rakan satu pejabat atau rakan main kutu asyik bercerita betapa bahagianya berskandal sana sini, maka timbullah keinginan yang turut diapi-apikan oleh syaitan untuk mencuba dengan berbekalkan senyuman yang tidak cukup manis itu.

Maka, penting juga untuk sang suami mengenali rakan-rakan isterinya bukan untuk digoda oleh sang suami tersebut ya, tetapi untuk memastikan isterinya tidak tersalah pilih kawan.

Demikianlah sedikit sebanyak yang boleh penulis kongsikan. Mari sama-sama bincangkan jika ada sebab yang lebih ekstrim mengapa wanita berani berlaku curang.

Kenapa Perempuan Berani Curang? Inilah 5 Faktornya Suami Mungkin Terlepas Pandang. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here