Home All Keluarga Suami Isteri Kena Beringat Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit Joli...

Suami Isteri Kena Beringat Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit Joli Tapi Duit Untuk Survival

32764
3

Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat bermula 6 April 2020.

Sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.

Kerajaan juga memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diawalkan dan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40. Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.

Namun persoalannya ke akaun siapakah (suami atau isteri) sepatutnya wang ini disalurkan bagi memastikan matlamat kerajaan untuk membantu rakyat akan tercapai?

Baca perkongsian Firdaus Shakirin ini.

“Encik, duit bantuan BPN ni nanti masuk akaun siapa…?”

Klu ikut kefahaman saya, masuk ke akaun yg ada pada database LHDN…klu akaun suami ada kat LHDN, maka masuk ke akaun dia…

“Kalau saya pun nak apply, buat permohonan baru, boleh x…?

Satu keluarga, satu bantuan sahaja sepatutnya sbb bantuan ni dah kira pendapatan isi rumah, maksudnya pendapatan suami ditambah dgn isteri then awak akan tahu isi rumah awk kategori mana…bwh 4k atau atas 4k…dpt RM1600 atau RM1000…

“Tapi boleh tak klu saya nak apply jugak…?”

Wallahualam, saya tak pasti, mgkin bleh call hotline atau tggu PKP habis dan direct ke LHDN….

Sis, boleh saya tanya kenapa awk nak apply utk diri awk…? Kenapa tak mintak je dari suami nnt bila duit tu masuk…?

Suami Isteri Kena Beringat Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit Joli Tapi Duit Untuk Survival

“Sebelum PKP, saya ada la niaga sikit2, duit niaga tu la saya guna utk diri sendiri, beli kelengkapan dapur dan makanan…duit suami, dia guna kat dia ja, tapi bila duit dia hbis, dia mintak duit saya…skrg PKP ni, saya dah xleh nak niaga, duit saya pun dh tinggal sedikit…sbb tu saya nak mintak bantuan BPN tu utk saya…duit masuk akaun saya…”

Speechless terus saya…

Hebat sis ni sebab dia masih berjaya bertahan dgn suami yg mcm tu…hebat sis ni sebab dia cari duit sendiri dan kurang bergantung pada duit suami…

Tapi, nusyuz dan lemah si suami ni bila membiarkan isteri mencari duit sendiri…nusyuz dan lemah si suami bila hanya menggunakan duit sendiri utk kepentingan sendiri…nusyuz dan lemah si suami bila tidak berbuat baik kpd isteri…nusyuz dan lemah si suami bila tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap isteri…

SIAPA YANG LEBIH BERHAK DUIT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL ?

Siapa yg berhak dapat duit ni, isteri atau suami…? Bagi saya, duit yg dapat ni bukanlah boleh dikategorikan sebagai duit lebih, duit extra…duit bantuan prihatin nasional ini hanya utk meneruskan survival, kelangsungan hidup ketika pandemic covid-19 atau kemelesetan ekonomi selepas pandemic covid-19…

Beli barang dapur, penuhkan keperluan dan kelengkapan dapur…stok brg kering, stok brg mentah dan simpan sedikit utk bulan2 berikutnya…duit utk digunakan pada barang keperluan asas, bukan hobi, bukan minat, bukan kehendak…

Ini duit utk keperluan harian, maka sepatutnya tidak perlu timbul isu siapa yg patut dapat, isteri atau suami sekiranya org yg dapat bantuan ini menggunakannya pada tempat yg sepatutnya…

Semoga faham…

Sumber kredit: Firdaus Shakirin

Suami Isteri Kena Beringat Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit Joli Tapi Duit Untuk Survival 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here