Home All Kisah Teladan Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan

Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan

1005
0
Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan

Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan | Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) sindrom down, kekurangan tersebut tidak menjadi penghalang buat pasangan kembar lelaki bagi menjalani rutin harian seperti orang lain.

Kembar OKU tersebut, Muhammad Yusuf Mahadi dan Muhammad Yunus Mahadi mampu melakukan kerja sebagai petani seperti seperti menyemai anak pokok, mengisi baja dan mengutip hasil tanaman.

Menurut laporan Sinar Harian, ibu mereka Saidatul Asmah Ismail bersyukur dengan keupayaan pasangan kembar berusia 28 tahun itu selepas menyertai Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Unit Transformasi OKU Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

BACA JUGA: Gadis Tak Malu Malah Bangga Miliki Ibu Bapa OKU, Tak Sorok Kenyataan.

Kembar OKU Rajin Dan Tak Buang Masa

Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan 1Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan 2Pada mulanya, wanita berusia 53 tahun itu hampir putus asa jika memikirkan masa depan anak kembarnya namun lega selepas banyak ilmu yang dipelajari mereka menerusi program tersebut.

“Alhamdulillah mereka diberikan upah. Saya menyimpan wang mereka untuk keperluan kedua-duanya. Mereka juga mempunyai keinginan seperti orang lain tetapi biasanya akan bertanya jika mahu membeli sesuatu,” katanya.

Kembar OKU

Muhammad Yusuf dan Muhammad Yunus akan keluar bekerja bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di kebun Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa setiap hari.

Sumber : Sinar Harian (Siti Fatihah Awang)

Kembar OKU Tak Buang Masa, Rajin Bekerja Kumpul Duit Untuk Masa Depan 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here