Home All Doa Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap...

Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam.

4332
0
Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam.

Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam. | Anda semua maklum, kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca Surah 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Kemudian disusuli dengan membaca Ayatul Qursi dan beberapa amalan lain jika mampu membacanya.

Sekurang-kurangnya hendaklah kita amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:Surah 3 Qul

  • Menolak segala bentuk gangguan jin
  • Menolak segala bentuk gangguan syaitan
  • Menghindarkan diri dari terkena sihir
  • Menghindarkan diri dari terkena penyakit was-was
  • Menghindar diri dari segala bentuk kejahatan
  • Menghindar diri dari perkara-perkara buruk

Malah dalam amalan rawatan Islam antara surah yang sering dibaca ialah surah 3 Qul selain dari Ayatul Qursi dan Ayat Seribu Dinar kerana amalan ini mampu menjauhkan diri kita dari gangguan syaitan selain dari membersihkan hati dan permudahkan segala urusan seharian.

Cara-Cara:

1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, bacalah surah 3 Qul yang dimulai dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis.

2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

3. Jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa anda boleh sahaja membaca surah 3 Qul tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, katanya:

“Nabi Muhammad SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Cara-cara mengamalkan Surah 3 Qul:

Ditempat tidur sambil duduk, baca surah 3 Qul (diawali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah 3 Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.

Untuk anak-anak yang masih kecil, Ummi atau Ayah boleh baca surah 3 Qul, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:

“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)

Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya.

Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here