Home All Isu Semasa Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak...

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

11856
3
Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia | Penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan bekalan tenaga manusia diserata dunia sekaligus menganggu rantaian bekalan makanan dalam industri pertanian dan ternakan.

Terkini, Pertubuhan Pertanian dan Makanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) melaporkan bahawa kini seluruh dunia berisiko menghadapi masalah terputus bekalan makanan.

Bekalan makanan dijangka akan berkurang bermula April hingga Mei

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

Agensi antarabangsa dan pakar makanan telah mengeluarkan amaran, bahawa pandemik virus tersebut sangat mengganggu rantaian bekalan makanan global dan mengakibatkan kenaikan harga barang, terutamanya bagi negara yang mempunyai struktur bekalan mentah yang lemah.

Hal ini kerana, banyak negara pengeluar membuat sekatan eksport.

Antara negara pengeluar tanaman utama yang telah melaksanakan sekatan eksport ialah Vietnam, yang mengekang eksport beras dan juga Rusia yang telah menghentikan proses eksport bijirin dan terakhir adalah Kazakhstan yang telah menggantung eksport tepung gandum, soba, gula, minyak bunga matahari dan beberapa sayuran.

Kita sudah melihat bagaimanapun, industri logistik memberi kesan kepada pergerakan makanan.

Sumber memberitahu bahawa COVID-19 juga menjadi punca berlaku gangguan pada industri logistik dan menyebabkan bekalan makanan tidak dapat dihantar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Seterusnya, kesan pandemik ke atas sektor ternakan pula mengakibatkan pengurangan makanan haiwan dan kapasiti berkurang.

Difahamkan, jika kerajaan di rantau ini terus menghalang pengeluaran merentas rantaian bekalan serta halangan perdagangan, kekurangan bekalan makanan serantau akan berlaku.

Langkah sedemikian boleh membawa ke arah kenaikkan harga makanan.

Selain itu, Jawatankuasa PBB turut menyentuh Mengenai Keselamatan Makanan Dunia dan memberi amaran bahawa gangguan bekalan makanan di sempadan akan berpanjangan.

Pada masa ini pekerja pertanian dan penternak telah menjadi pekerja penting

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

Selain pandemik COVID-19, pekerja pertanian dan penternak juga telah diisytiharkan sebagai pekerja penting dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi memandangkan buruh petani masih bekerja menyembur racun serangga, bercucuk tanam dan bekerja untuk masyarakat lain yang sedang duduk di rumah.

Menurut FAO lagi, Amerika juga kini mengalami masalah kekangan logistik dan kekurangan buruh, sama seperti apa yang berlaku di China.

Buat masa ini gangguan bekalan makanan masih di tahap minima memandangkan kawasan pengeluar tidak terdedah dengan kepada penularan virus ini.

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

Tetapi sektor intensif buruh seperti perkebunan kelapa sawit dan pemprosesan daging baru-baru ini telah diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu memandangkan beberapa pekerja telah diuji positif coronavirus di Sabah.

Apa-apa sekatan pergerakan, termasuk tenaga kerja, akan menjejaskan kestabilan pengeluaran makanan. Keadaan sekarang semakin diperkuat oleh peningkatan permintaan makanan global.

Buat masa ini negara yang paling terdedah kepada kenaikan harga makanan adalah negara seperti Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan memandang mereka adalah negara yang telah menerima jumlah import yang tinggi.

Sumber

Baca Selanjutnya

Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here