Home All Isu Semasa ‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal...

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita

6299
0
fitnah

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita | Dr Maszlee Malik membuat pengumuman mengejutkan apabila secara tiba-tiba meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan setelah khabar angin mengenainya tersebar beberapa hari sebelumnya. Laporan portal Free Malaysia Today (FMT) mendakwa satu tindakan Dr Maszlee telah menyebabkan Perdana Menteri Tun Mahathir menyarankan perletakan jawatannya, dibalas bekas menteri ini di Twitternya.

Tidak pernah bincang KSCIP

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita 1

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita 2

Dr Maszlee menafikan penglibatannya dalam sebarang perbincangan mengenai pusat anti-keganasan disokong Arab Saudi, King Salman Centre for International Peace (KSCIP). Menurutnya lagi, pusat itu langsung tiada kaitan dengannya yang memegang portfolio Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Laporan FMT bertarikh hari ini (7 Januari) dengan headline Plan to reopen Saudi-backed centre ‘tipping point’ in Dr M’s grouses against Maszlee, says source (Rancangan buka semula pusat disokong Saudi punca Dr M tentang Maszlee, kata sumber), dakwaan rancangan Dr Maszlee itu dikatakan punca Tun M menyarankan perletakan jawatannya.

PM didakwa marah

Bercakap kepada FMT tanpa mahu dikenali, sumber berkenaan mendakwa Perdana Menteri marah apabila mendapat tahu Dr Maszlee adalah individu bertanggungjawab membuka semula KSCIP, selain pelbagai rungutan diterima ketika memegang portfolio.

FMT turut dimaklumkan sumber, ketika mesyuarat pada 31 Disember, perdana menteri telah menjelaskan kepada Dr Maszlee beliau tidak lagi boleh bertolak ansur dengan cadangan pembukaan semula KSCIP. Sumber turut mengatakan Arab Saudi telah mengenakan tekanan ekonomi ke atas Pakistan sehingga mendorong Perdana Menterinya Imran Khan membatalkan penyertaannya pada KL Summit lalu.

Boleh semak dengan warga KPM

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita 3

fitnah

Tambah bekas menteri ini lagi, segala gerak kerjanya boleh disemak dengan warga KPM yang telah merekod dan melaporkan bidang tugas. Beliau turut memohon diberi kekuatan untuk mengharungi fitnah yang dilemparkan kepadanya itu.

Rayu pihak media semak fakta

fitnah

Sumber: Maszlee MalikFree Malaysia Today

‘Ya Tuhan. Berikan Saya Kekuatan Mengharungi Fitnah Ini’ – Dr Maszlee Sangkal Fitnah Portal Berita 4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here