Home All Isu Semasa Kedai Gunting Rambut, Kedai Cermin Mata Dan Bazar Ramadan Seluruh Negara Tidak...

Kedai Gunting Rambut, Kedai Cermin Mata Dan Bazar Ramadan Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

2997
1
Kedai Gunting Rambut Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan kerajaan tidak akan membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Pengumuman itu dibuat susulan kebenaran terdahulu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menyenaraikan perkhidmatan itu sebagai salah satu industri yang dibenarkan beroperasi jika mendapat kelulusan.

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dah buat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Kebenaran Operasi Kedai Gunting Rambut, Salun Kecantikan Dan Cermin Mata Dibatalkan

“Harap (penjelasan ini) jawab segala soalan rakyat. Tidak ada lagi isu, kedai (gunting) rambut tidak dibenarkan operasi,” katanya di Putrajaya hari ini.

Pengumuman yang dibuat dalam sidang media harian itu sekaligus meredakan kebimbangan ramai sebelum ini yang khuatir penularan wabak COVID-19 akan bertambah teruk sekiranya kedai-kedai gunting ini dibenarkan beroperasi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan tiada aktiviti penganjuran bazar ramadan dibenarkan di seluruh negara untuk tahun ini menjelang bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi sebelum ini menerima reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu.

Baca Juga: Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Dibenar Beroperasi Semasa PKP, Bermula 13 April Ni.

Baca Selanjutnya

Kedai Gunting Rambut, Kedai Cermin Mata Dan Bazar Ramadan Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here