Home All Isu Semasa Kebenaran Bujang Rentas Negeri Antara Yang Paling Dinanti Dalam Perutusan Khas PM...

Kebenaran Bujang Rentas Negeri Antara Yang Paling Dinanti Dalam Perutusan Khas PM Esok

1530
0
Kebenaran Bujang Rentas Negeri Antara Yang Paling Dinanti Dalam Perutusan Khas PM Esok

Kebenaran Bujang Rentas Negeri Antara Yang Paling Dinanti Dalam Perutusan Khas PM Esok | Antara perkara yang menjadi perhatian dan paling dinanti dalam ‘Perutusan Khas Perdana Menteri: Perintah Kawalan Pergerakan’ pada petang esok adalah kebenaran bujang untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu hingga disambung kepada PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei sehingga 9 Jun ini, kebenaran untuk merentas negeri hanya dibuka kepada beberapa golongan, antaranya golongan single yang mahu berkahwin, golongan suami isteri yang terpisah negeri serta urusan kecemasan seperti perubatan dan kematian.

Dalam sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri petang tadi seolah-olah ada berita baik mengenai kebenaran golongan single untuk merentas negeri daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ‘Perutusan Khas Perdana Menteri: Perintah Kawalan Pergerakan’ yang dijadualkan pada jam tiga petang esok hari.

bujang

“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu. Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri.

Tentu banyak sahaja perkara akan disebut esok, kita tunggu. Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang single. Maka bersabarlah sehingga esok.”

BACA: Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor, KL Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah, Tak Perlu Kebenaran Polis

Enam hari lalu, beliau memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan kebenaran untuk orang single merentas negeri kerana memahami perasaan golongan bujang yang rindukan keluarga di kampung.

Dalam satu ciapan pada hari sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati mereka yang bujang supaya bersabar kerana tidak tergolong dalam golongan yang dibenarkan untuk merentas negeri.

Di ruangan komen, rata-rata daripada mereka yang bujang mengeluh kerana sudah lama tidak bertemu dengan keluarga susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Kebenaran Bujang Rentas Negeri Antara Yang Paling Dinanti Dalam Perutusan Khas PM Esok 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here