Home All Isu Semasa Sebuah Lagi Kapal Bawa 300 Pelarian Rohingya Dikesan, Rupanya di Sini Mereka...

Sebuah Lagi Kapal Bawa 300 Pelarian Rohingya Dikesan, Rupanya di Sini Mereka Sembunyi, Tunggu Peluang Je.

3022
1
Sebuah Lagi Kapal Bawa 300 Pelarian Rohingya Dikesan, Rupanya di Sini Mereka Sembunyi, Tunggu Peluang Je.

Baru saja 4 hari lalu heboh berkenaan 269 pelarian Rohingya yang berjaya menceroboh perairan Langkawi.

Hari ini timbul pula berita sebuah lagi kapal yang membawa kira-kira 300 pelarian Rohingya dikesan berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand selepas gagal memasuki perairan negara ini.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindiket membawa masuk pelarian Rohingya terbabit sudah berada di perairan Thailand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, Bangladesh pada Februari lalu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan sudah puluhan kali cuba untuk masuk ke perairan negara, namun gagal kerana dikesan penguat kuasa APMM.

” Kini mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

” Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mohd Zubil berkata, sindiket dari Myanmar akan berhubung dengan sindiket di Thailand untuk membekalkan makanan dan minyak untuk kapal berkenaan.

” Memang tidak ada kapal yang mampu bertahan selama empat bulan di laut kecuali dibekalkan dengan semua keperluan termasuk makanan, minyak dan keperluan lain.

” Ejen ini didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan sindiket di Thailand dan Myanmar,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya percaya sindiket terbabit dalam memperdagangkan orang dan kos membawa masuk semua pelarian berkenaan di tanggung oleh ejen.

” Ejen akan menanggung kos sebelum semua pelarian ini mendapat pekerjaan dan akan mengambil wang hasil pekerjaan mereka sebagai timbal balas.

” Pemantauan, rondaan dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas masuk ke perairan negara,” katanya.

” Saya akan minta Kementerian Luar berbincang dengan kerajaan Bangladesh. Kita akan hantar semula pelarian R0hingya ini ke Cox’s Bazar atau pulau Bashan Char di selatan negara itu,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

pelarian Rohingya

BACA: Bot Bawa Pelarian Rohingnya Sengaja Dibocorkan Enjin Dirosakkan Bagi Elak Diusir

Beliau mengulas mengenai kes 269 pelarian Rohingya yang menceroboh perairan Langkawi kelmarin hingga mencetuskan kegusaran orang ramai berhubung tahap keselamatan dan kawalan perairan negara.

Selain itu katanya, Kementerian Luar juga diminta mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk menghantar pelarian terbabit ke negara ketiga.

” Banyak negara yang mempersoalkan bagaimana Malaysia menguruskan Rohingya ini. Ada negara kata kita tidak berperikemanusiaan.

” Jadi, kita minta mereka menerima pelarian Rohingya daripada Malaysia kerana mereka juga adalah ahli Konvensyen Mengenai Pelarian 1951.

” Kita tegas…kali ini tidak boleh terima lagi dan akan bincang untuk hantar balik Rohingya. Kalau negara ketiga dapat terima pelarian Rohingya ini. Kita harap dapat selesaikan,” katanya pada sidang media harian.

Sumber

Sebuah Lagi Kapal Bawa 300 Pelarian Rohingya Dikesan, Rupanya di Sini Mereka Sembunyi, Tunggu Peluang Je. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here