Home All Isu Semasa Lelaki Akhirnya Ditahan, Kantoi 4 Kali Keluar Beli Makanan Semasa PKP Sampai...

Lelaki Akhirnya Ditahan, Kantoi 4 Kali Keluar Beli Makanan Semasa PKP Sampai PoIis Sudah Boleh Cam Muka

20370
3
Keluar Semasa PKP

Lelaki Akhirnya Ditahan, Kantoi 4 Kali Keluar Beli Makanan Semasa PKP Sampai PoIis Sudah Boleh Cam Muka | Hampir dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kira-kira 649 individu ditahan setakat hari ini. Sejak itu juga pihak polis mendedahkan pelbagai alasan tidak munasabah diberikan.

Terbaru, seorang individu yang mendakwa dia keluar rumah untuk membeli makanan antara yang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Meskipun PKP membolehkan seorang individu iaitu ketua keluarga untuk keluar dan membeli makanan dan barang keperluan, Ismail berkata individu itu ditangkap kerana berbuat demikian beberapa kali dalam masa sehari.

(Dia beri) alasan untuk beli makanan tetapi keluar rumah 4 kali sehari.

” Orang yang sama sampai polis boleh cam muka dia.

” Pagi keluar, tengah hari keluar, petang keluar, malam keluar, dengan alasan nak beli makanan.

” Jadi polis syak dia bukan nak beli makanan, tetapi cuma nak keluar (rumah),” katanya yang juga menteri kanan.

Katanya, individu itu hanyalah satu contoh daripada 649 tangkapan yang dibuat semalam, iaitu hari kesepuluh PKP berkuatkuasa di mana secara keseluruhan, polis dan tentera mengadakan 997 sekatan jalan raya dan memeriksa 301,938 kenderaan.

Selain itu, katanya lagi, sejumlah 3,223 premis perniagaan diperiksa, dengan ada yang diarahkan tutup kerana tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan penting.

Berkenaan bekalan makanan, Ismail berkata tinjauan oleh pasukan petugas khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap 27 pasar raya mendapati bekalan makanan asas senang diperolehi.

” Tapi saya ingin tekankan satu perkara, apabila kita (kerajaan) berkata bekalan beras mencukupi, ia merujuk kepada beras (secara keseluruhan) dan bukan jenama tertentu.

” Mungkin ada orang suka beras jenama A. Jika ia tak ada, tidak bermakna ada kekurangan bekalan,” katanya lagi.

Ismail juga mengulang kembali gesaan agar NGO menyalurkan bantuan menerusi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat, selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan bagi melindungi keselamatan mereka.

Maklum dengan bantahan meluas daripada NGO, Ismail berkata kerajaan sanggup mengadakan perbincangan berkenaan cara untuk menambah baik prosedur sedia ada.

Keluar Semasa PKP

Di Langkawi, 14 ditahan ingkar arahan PKP

Dalam pada itu 14 individu termasuk enam remaja ditahan akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Mukim Kuah dan Padang Matsirat, Langkawi.

Ketua PoIis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, individu berusia antara 17 dan 43 itu ditahan dalam tempoh tiga jam mulai 5.30 petang semalam.

” Tangkapan pertama membabitkan dua individu daripada sekumpulan lelaki yang berkumpul di tepi jalan di Kampung Teluk Yu pada 5.30 petang.

” Enam lelaki lagi ditahan di tepi jalan menghala ke Taman Nilam pada 6.30 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, tangkapan ketiga pada 6 petang pula membabitkan lima lelaki yang sedang berhimpun di tepi jalan di Kampung Sungai Raya.

” Tangkapan keempat membabitkan seorang lelaki warga Indonesia di kawasan parkir motosikal di Jeti Kuah pada 7.30 malam.

” Semua 14 individu terbabit gagal memberi alasan munasabah untuk berada di luar rumah, sekali gus melanggar PKP yang sedang dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan reman dan disiasat bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kredit

Baca Selanjutnya

Lelaki Akhirnya Ditahan, Kantoi 4 Kali Keluar Beli Makanan Semasa PKP Sampai PoIis Sudah Boleh Cam Muka 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here