Home All Isu Semasa Golongan Kanak-Kanak Korban COVID-19 Di Indonesia, Ini Sebabnya!

Golongan Kanak-Kanak Korban COVID-19 Di Indonesia, Ini Sebabnya!

314
0
Golongan Kanak-Kanak Korban COVID-19 Di Indonesia, Ini Sebabnya!

Beratus-ratus kanak-kanak di Indonesia dipercayai meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19, menjadikannya salah sebuah negara di dunia dengan kadar kematian tertinggi dalam kalangan kanak-kanak akibat jangkitan virus itu, yang menurut para pakar sepatutnya tidak berbahaya kepada golongan tersebut.

Pakar pediatrik dan pegawai kesihatan di negara itu mengatakan angka korban kanak-kanak yang tinggi itu disebabkan oleh faktor-faktor tersembunyi, khususnya kekurangan zat makanan, anemia dan kekurangan kemudahan kesihatan untuk kanak-kanak.

“COVID-19 membuktikan bahawa kita perlu mengatasi masalah kekurangan zat makanan,” kata pegawai kanan kementerian kesihatan Achmad Yurianto kepada Reuters.

BACA: Dikuarantin Bersama Dua Adik, Kanak-Kanak 9 Tahun Ganti Galas Tanggungjawab Ibu Bapa

Menurutnya, kanak-kanak di Indonesia terperangkap dalam satu ‘lingkaran kejam’, iaitu kitaran masalah kekurangan zat makanan dan anemia yang meningkatkan kerentanan mereka terhadap koronavirus. Beliau membandingkan kanak-kanak yang kekurangan zat dengan struktur lemah yang ‘mudah runtuh apabila berlaku gempa bumi’.

kanak-kanak

Sejak Indonesia mencatatkan kes pertama koronavirus pada Mac, ia sudah melaporkan 2,000 kematian sejauh ini, iaitu jumlah tertinggi di Asia Tenggara.

Sebanyak 715 orang di bawah usia 18 tahun dijangkiti virus itu, manakala 28 meninggal dunia, menurut dokumen kementerian kesihatan negara itu yang bertarikh 22 Mei dan disemak oleh Reuters.

Ia juga melaporkan lebih 380 kematian yang berlaku dalam kalangan 7,152 kanak-kanak yang terangkum sebagai ‘pesakit di bawah pemantauan’, bermakna mereka yang mengalami simptom koronavirus yang teruk dengan tiada penjelasan lain tetapi hasil ujian yang belum disahkan dijangkiti virus itu.

MASALAH BERGANDA

Indonesia, sebuah negara membangun dengan 270 juta penduduk, kini menghadapi ‘beban kekurangan zat makanan sebanyak dua kali ganda’, termasuk masalah proses pembangunan yang terbantut dan anemia dalam kalangan ibu serta kegemukan, menurut Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurutnya lagi, hampir sepertiga pembangunan kanak-kanak Indonesia yang berusia bawah lima tahun terbantut.

“Status zat menjejas imuniti kanak-kanak,” kata Dr Nastiti Kaswandani, seorang pakar pulmonologi pediatrik di Jakarta

“Ia penting bagi mencegah jangkitan COVID-19.”

Sumber: FMT

Golongan Kanak-Kanak Korban COVID-19 Di Indonesia, Ini Sebabnya! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here