Home All Isu Semasa Kanak-kanak Kanser Positif COVID-19, Bapa 5 Bulan Tiada Gaji.

Kanak-kanak Kanser Positif COVID-19, Bapa 5 Bulan Tiada Gaji.

8938
2
Kanak-kanak Kanser Positif COVID-19, Bapa 5 Bulan Tiada Gaji.

Kanak-kanak Kanser Positif COVID-19, Bapa Lima Bulan Tiada Gaji. | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidap kanser leukimia disahkan positif COVID-19.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Fateh Aqil ini merupakan pesakit termuda yang disahkan positif COVID-19 ini.

Menerusi satu muatnaik di Facebook, Fareez Kezam berkongsi kisah keluarga adik Fateh.

Positif COVID-19

“Anak kepada sahabat sy, Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah pesakit termuda yang disahkan positif covid-19. Adik Fateh Aqil juga adalah seorang pesakit leukimia.

“Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama.

“Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.”

Positif COVID-19

Cuti tanpa gaji tiga bulan

Menurut Fareez, ayah adik Fateh iaitu Nazmee terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan bagi menjaganya di hospital.

“Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak.

“Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.

“Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut. Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.

“Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.”

Nazmee hanya mampu mengharapkan ihsan dari keluarganya selama tiga bulan kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan.

“Unpaid leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.

Rumah dilanda banjir

Lebih memilukan apabila ujian melanda lagi dengan banjir dan lagi dua bulan tidak bergaji.

“Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.

“Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.”

Anak pula disahkan positif COVID-19

“Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser.

“Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.”

Adik Fateh kini dikuarantin bersama ibunya dan Nazmee pula menjaga dua orang lagi anaknya di rumah.

“Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.

Positif COVID-19

“Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.”

Tabung kilat untuk Adik Fateh

“Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan.

“Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.

“Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.”

Bantuan boleh dibuat terus kepada –

ALUMNI SMKA FALAHIAH
03018010104477
BANK ISLAM

UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN AKAUN DAN BANTUAN SEGERA, SY MEMOHON KEPADA PENDERMA UTK WASSAP SLIP KE-
+60 10-306 7566 HANAFI ADNAN (S/U ALUMNI)
+60 17-965 0328 SHARIB

Baca Selanjutnya

Kanak-kanak Kanser Positif COVID-19, Bapa 5 Bulan Tiada Gaji. 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here