Home All Isu Semasa Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah

Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah

2105
1
Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah

Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah | Dalam satu rakaman video yang diambil oleh seorang wanita, dia telah merakamkan saat ketika anaknya bertemu semula dengan rakan baiknya selepas berbulan-bulan terpisah disebabkan penularan wabak Covid-19.

Dia telah merancang untuk mempertemukan anaknya dengan rakan baiknya pada hari pertama sekolah dibuka tanpa pengetahuannya.

Pada permulaan klip video berkenaan, dia telah bertanya kepada anaknya “Siapa yang akan anda temui?”. Anaknya telah membalas “Saya tidak tahu”.

Dapat dilihat, reaksi pertama anaknya ketika melihat rakan baiknya berada dihadapan mata. Anaknya seakan bingung dengan apa yang dilihatnya. Selepas itu, anaknya telah berlari ke arah rakan baiknya sambil menjerit “William”.

BACA JUGA:Ciri-Ciri Yang Diperlukan Dalam Memilih Sahabat Menurut Islam

bestfriend

Kedua-dua bestfriend ini sangat teruja, mereka saling berpelukan dan melompat dan dia sangat terkejut dengan kejutan itu. 

Dapat dilihat daripada reaksi muka anaknya bahawa dia tidak tahu mereka akan bertemu antara satu sama lain untuk pertama kalinya.

bestfriend

Sejak anaknya bertemu dengan bestfriend nya di taman asuhan kanak-kanak dua tahun lalu, mereka telah menjadi rakan baik dan anaknya sangat merindui rakan baiknya sejak hari pertama penutupan sekolah akibat wabak covid-19.

Sumber: www.mirror.co.uk

Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here