Home All Isu Semasa Nampak Kanak-Kanak 4 Tahun Jalan Seorang Diri, Apabila Ditanya ‘Mak Suruh Saya...

Nampak Kanak-Kanak 4 Tahun Jalan Seorang Diri, Apabila Ditanya ‘Mak Suruh Saya Blah’

2070
0
Nampak Kanak-Kanak 4 Tahun Jalan Seorang Diri, Apabila Ditanya ‘Mak Suruh Saya Blah’

Penderaan kanak-kanak bukan hanya dilakukan secara fizikal, malah, emosi dan pengabaian juga termasuk dalam jenis penderaan yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Mereka juga mampunyai hak untuk hidup secara sihat dan bebas daripada sebarang gangguan atau penyeksaan.

Pengguna Twitter iaitu Ernielndee berkongsi pengalamannya sewaktu bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki di tepi jalan. Kanak-kanak itu kelihatan menangis sambil memegang sekeping ‘angpau’ berisi duit syiling.

Kanak-Kanak Jalan Seorang Diri

kanak-kanak

BACA JUGA: Kanak2 Comot Sanggup Jalan Kaki Jauh Ambil Bantuan Demi Datuk Sakit Dirumah

Ernielndee menjumpai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 4 tahun kelihatan berjalan seorang diri. Di tangan kanak-kanak itu memegang sekeping angpau yang diisi duit syiling. Difahamkan wang tersebut pemberian abangnya untuk kanak-kanak itu membeli makanan.

‘Mak cakap saya bab*’

kanak-kanakApabila ditanya lanjut, kanak-kanak itu buka cerita dimarahi ibunya dan disuruh pulang ke rumah nenek. Kanak-kanak itu juga meminta untuk dihantar ke rumah neneknya. Namun Ernielndee membuat keputusan untuk hantar ke balai polis dan melaporkan perkara ini ke pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, ibu bapa kepada kanak-kanak tadi telah mengambilnya di balai.

Kerap dengar budak menangis

kanak-kanak

Sementara itu, menurut perkongsian dari jiran keluarga tersebut mengatakan mereka kehilangan punca pendapatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan ramai kehilangan pekerjaan. Kanak-kanak tersebut juga sering menangis dikatakan menerima tempias tekanan dari ibu bapa.

Pengguna Twitter ini menyarankan agar masyarakat menghubungi talian Nuri di 15999 sekiranya anda terdengar berita sebegini yang berlaku di kawasan rumah anda. Pihak Nuri boleh membantu menyiasat kes sebegini yang melibatkan kanak-kanak.

Sumber: Ernielndee

Nampak Kanak-Kanak 4 Tahun Jalan Seorang Diri, Apabila Ditanya ‘Mak Suruh Saya Blah’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here