Inilah 7 Adab Kalau Kawan Belanja Makan, Antaranya Jangan Ambil Kesempatan | Pantang kalau ada kawan belanja makan, hati mesti berbunga-bunga. Mana taknya, kalau sebelum ini mahu ajak makan, bukan main susah.
Macam-macamlah alasan yang diberi. Sudah kenyanglah, dietlah, paling tidak pun alasannya sudah ada ‘date’ bersama teman-teman lain.
Tetapi apabila disebut mahu belanja, mudah sahaja menukar plan. Lagi-lagi peluang makan di lokasi paling ‘best’… Hah! Apa lagi, ikut ajelah.
Tetapi harus ingat, ada etika atau cara tertentu untuk menerima perlawaan mereka. Nanti tidak pasal-pasal anda dicop ‘pelahap’ atau suka ambil kesempatan.
Inilah 7 Adab Kalau Kawan Belanja Makan
1. Buat pesanan seadanya
Janganlah kerana kawan belanja, kamu mengambil pesanan diluar kebiasaan. Seeloknya biarkan dia membuat pesanan terlebih dahulu sebelum kamu. Walaupun restoran tersebut punya makanan yang enak-enak, sekat dulu kemahuan kamu yang membuak-buak untuk memesan makanan. Kontrol sikit bro!.
BACA JUGA :: Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!
2. Tolak dengan cara berhemah
Jika kamu tidak boleh menolak perlawaan kawan untuk belanja makan tersebut, janganlah tertekan atau rasa terpaksa. Mungkin kamu boleh menolak dengan cara baik ataupun kalau terpaksa keluar kerana dia kawan baik kamu sedangkan kamu kenyang, jangan kecewakannya. Kamu boleh sekadar menemaninya dan minum air sahaja.
3. Berhenti berharap
Walaupun dalam hati kamu tentu berharap kawan yang akan belanja, bersiap sedialah untuk menganggap tiada istilah belanja pada kali ini. Bawalah duit secukupnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin dia terlupa membawa dompet ataupun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayarnya.
4. Bukan kedekut, tetapi biarlah berpada-pada.
Bagi si tukang belanja pula, janganlah kamu serba salah kalau tidak mengeluarkan duit kali ini. Kalau kamu biasa berbelanja, pastikan hanya kali pertama dan tidak berlanjutan hingga setiap kali keluar. Kawan-kawan kamu akan berkira-kira untuk mengharapkan kamu belanja pula nanti. Bukan kedekut, tetapi dalam istilah ‘adil dan berpada-pada’. Biarlah kawan kamu yang lain pula belanja makan untuk hari-hari lain pula. Bukan apa, takut silap hari bulan poket kamu kering sebelum waktunya.
5. Ikut sahaja, jangan banyak komen
Itu tidak sedap, ini tidak sedap. Aduh, susahnya belanja orang macam ni!Sudahlah makan pun orang belanja, banyak pula komennya. Kalaupun makan tak sedap, janganlah banyak komen hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada si tukang belanja.Mungkin diam sahaja ataupun komen sedikit sahaja pun sudah memadai. Pendek kata, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.
6. Buat tawaran untuk belanja
Apakata kali ini kamu pula yang belanja. Biasanya asyik kawan kamu sahaja yang belanja makan. Memang niat kawan kamu itu ikhlas, tapi tak salah bukan giliran kamu pula belanjanya makan?. Biasalah adat berkawan, kenalah mengambil hati teman mu itu. Baru kamu tidak dianggap suka mengambil kesempatan.
7. Belajar ucap terima kasih
“Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Jangan pula perut sudah kenyang, kamu buat tak tahu saja bila dah siap makan. Belajarlah menghargai dan berterima kasih supaya orang yang belanja makan kamu itu rasa senang hati kerana ada kawan yang baik dan menyenangkan seperti kamu.Dan sebelum beredar dari tempat makan, kalau boleh nyatakan hasrat kamu pula yang akan belanjanya makan suatu hari nanti.
Jika anda suka dengan artikel adab apabila kawan belanja makan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

[…] tentu rakan atau followers di Facebook yang ramai akan memberi jaminan kepada anda bahawa mereka akan melakukan […]
[…] walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus contohnya air detoks tapi malas nak jaga makan, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan […]
[…] dibuat sebelum bersenam, tetapi ramai individu tanpa sedar melakukannya, iaitu mengambil sebarang makanan berat atau minuman dalam jumlah yang banyak sebelum berlari mahupun […]
[…] Hidup untuk makan, bukan makan untuk […]