Home All Isu Semasa 183 Kakitangan Hilang Pekerjaan, Syarikat Majalah Tamat Operasi.

183 Kakitangan Hilang Pekerjaan, Syarikat Majalah Tamat Operasi.

1326
0
183 Kakitangan Hilang Pekerjaan, Syarikat Majalah Tamat Operasi.

183 Kakitangan Hilang Pekerjaan, Syarikat Majalah Tamat Operasi. | Syarikat penerbitan majalah Blu Inc Media Sdn Bhd telah menghentikan operasi penghasilan majalah kerana menerima cabaran yang hebat daripada gangguan digital.

Ditambah pula dengan kesan wabak COVID-19 yang sedang dialami ketika ini, syarikat penerbitan berkenaan tidak mampu bertahan lagi.

Menerusi laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Azliza Tajuddin berkata perniagaan itu telah berdepan cabaran besar daripada ‘gangguan’ digital sepanjang beberapa tahun lalu.

hilang pekerjaan

Sebelum keputusan ini dicapai, pihak syarikat telah membuat peningkatan dalam pelaburan untuk membangunan kecekapan digital sedia ada. Namun, syarikat terus mencatatkan kerugian yang meningkat setiap bulan.

“Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membendung Covid-19, kerugian bertambah bagi Mac dan April dan situasi ini dijangka berterusan untuk beberapa bulan akan datang,” katanya.

Memetik laporan Malaysiakini, menurut sumber seramai 183 kakitangan dijangka hilang pekerjaan berikutan penamatan operasinya yang melibatkan penerbitan bercetak dan digital.

Tambah sumber itu lagi, dia seakan-akan sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku apabila pentadbiran menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) pada Februari lalu.

“Sejumlah 43 orang diluluskan, tetapi pada 17 mac, ketua jabatan diberitahu skim itu dibatalkan, walaupun jika ada kakitangan yang telah menerima surat terma VSS,” kata sumber berkenaan.

Terdahulu menerusi laman webnya, syarikat tersebut menerbitkan pelbagai majalah antaranya seperti Cleo, Cosmopolitan, EH!, Glam Lelaki, Jelita dan Malaysian Women’s.

BACA: Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Berikutan Wabak COVID-19

Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan lagi bahawa pihak syarikat tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil keputusan untuk menutup operasi syarikat. Ahli lembaga pengarah juga bersetuju untuk memutuskan penghentian operasi penerbitan cetak dan digital Blu Inc dijalankan segera.

Kakitangan Blu Inc Media yang hilang pekerjaan akan menerima emel yang berasingan untuk dinyatakan status pekerjaan mereka.

Blu Inc Media sudah bertapak di Malaysia selama hampir 40 tahun dan menerbitkan kira-kira 20 majalah dalam tiga bahasa. Pembaca setia majalah terbitan syarikat media ini pastinya berasa sedih dan kecewa kerana operasi syarikat sudah dihentikan.

Sumber : The Star , Malaysiakini

Baca Selanjutnya

183 Kakitangan Hilang Pekerjaan, Syarikat Majalah Tamat Operasi. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here