Orang Kata Kahwin Dengan Suami Rendah, Lagi Murah Rezeki Isteri. Betul Ke?

0
1277
suami rendah

Kebanyakan wanita menginginkan suami yang lebih tinggi daripada mereka. Barulah nampak seperti mampu melindungi seorang isteri. Apa salahnya suami rendah berbanding isteri, sebenarnya mereka ni penyayang ya!

Pernah ada kajian antarabangsa yang dibuat menujukkan lebih daripada 50 peratus wanita mahukan pasangan yang tinggi dari mereka. Pernahkah anda mendengar kata orang-orang tua, suami rendah tu maknanya murah rezeki. Mempunyai pasangan yang rendah sebenarnya ada kelebihan. Usah menilai kebaikan seorang lelaki itu berdasarkan rupa fizikal, tetapi peribadinya.

KELEBIHAN MENDAPAT SUAMI RENDAH

#1 Tak Suka Sembunyi Perasaan

Suami begini lebih tegas dan tidak mahu kelihatan kurang berkeyakinan daripada si isteri. Biasanya mereka bersikap terbuka dan cenderung untuk menonjolkan kelebihan yang dia ada. Dalam hal berkomunikasi, suami yang rendah lebih dominan tetapi tidaklah sampai mengabaikan perasaan si isteri.

#2 Rajin Bantu Isteri

Tahukah anda, suami rendah rajin buat kerja rumah? Dia suka membantu isteri dan tidak kekok membuat kerja-kerja orang perempuan. Dia tidak suka menyusahkan pasangannya, jadi suami begini lebih berdikari dan gemar buat semuanya sendiri.

#3 Yakin Diri

Suami yang mempunyai ketinggian yang kurang daripada isterinya mempunyai keyakinan diri yang tip top! Dia tidak pernah peduli dengan kata-kata orang sekeliling. Dia juga tidak kisah jika isterinya lebih menonjol kerana dia sering merasakan dirinya sepadan dengan isterinya.

Suami rendah juga akan memberi sokongan sepenuhnya untuk si isteri. Saat isteri down, dia akan menenangkannya. Lebih baik lagi, dia penyokong yang kuat dan selalu mendorong si isteri untuk meneruskan apa yang diminatinya. Mesti seronok isteri dapat suami yang sentiasa memberikan sokongan?

#4 Kredibiliti Yang Boleh Dipuji

Suami rendah biasanya mudah mengawal perasaan marahnya Tidak mudah melenting dan sangat prihatin dengan kesukaran si isteri. Dia tidak suka menyusahkan isteri dengan hal-hal yang membuatkan isteri susah hati.

#5 Hormatkan Isteri

Inilah yang paling isteri harapkan dari si suami. Suami yang mempunyai ketinggian rendah biasanya selalu menghormati perasaan dan keputusan yang dibuat isteri. Bukan penakut atau kena queen control ya, tapi mereka biasanya selesa berbincang tentang segala hal dengan isteri.

Sebagai seorang isteri, ada masanya kita juga ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Tanpa kita sedari, mungkin membuatkan suami terasa hati kerana pendekatan kita mungkin agak ‘kasar’ pada mereka. Untuk menjadi seorang isteri yang baik dan disayangi suami, kita boleh:

#1 Menghormati penilaian dan kemampuannya membuat keputusan

Tidak semestinya kita terima bulat-bulat, tetapi dengarkan dulu apa yang mahu dia katakan. Kemudian, sama-sama berbincang untuk mencapai kata putus yang lebih baik. Ada masanya, buah fikiran dua orang lebih baik dari seorang kan?

suami rendah

#2 Jangan hina soal kewangan

Paling pantang! Suami mempunyai tahap ego dan maruah yang tinggi. Jika isteri sering mencabar suami dengan mengungkit soal kewangan, ia boleh membuatkan mereka sakit hati dan tercabar.

#3 Sokong dan beri pujian

Suami juga sama seperti isteri yang mahukan perhatian. Sebagai isteri yang baik, sudah tentu ada tahu waktu bila suami paling memerlukan sokongan anda. Jika hal itu tidak keterlaluan untuk anda berikan sokongan kepadanya, tidak salah untuk buat begitu. Biasanya setiap apa yang mahu dia lakukan adalah demi kebaikan keluarga.

#4 Hormat dia depan orang ramai

Apabila anda sikap hormat pada suami di hadapan orang ramai, ia membuatkan dia terasa dihargai dan bangga. Bangga mempunyai isteri yang menghormati dan menyayanginya.

Kesimpulannya, baik isteri mahupun suami kedua-duanya haruslah mempunyai rasa hormat dan sayangkan antara satu sama lai. Jika kita boleh bertoleransi sesama sendiri, sudah tentu rumah tangga bahagia dan rasa cinta semakin kuat.

Jadi betul atau tidak memiliki suami rendah memberikan rezeki yang banyak pada isteri? Mungkin rezeki yang dimaksudkan oleh orang-orang lama yang mewujudkan “mitos” ini dari segi kebahagiaan dan sifat tolak ansur yang ada pada suami rendah.

Untuk lelaki yang berfizikal rendah pula jangan lah hanya kerana ada berfizikal rendah membuatkan anda merendahkan diri keterlaluan. Lihatlah kelebihan anda dalam perkara-perkara lain yang mungkin tidak ada pada lelaki yang lebih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here