Mat Saleh Kagum Dengan Kaca Kedai Emas Di Malaysia, Berharap Apple Akan Gunakan Pada iPhone! | Tidak dapat dinafikan kedai barang kemas sering menjadi sasaran perompak, jadi kebanyakkan perniagaan barangan berharga akan mengambil langkah keselamatan untuk melindungi perniagaan mereka.
Seperti baru-baru ini tular sebuah rakaman laman CCTV dari kedai barang kemas di Shah Alam yang menunjukkan 4 orang perompak cuba untuk memecahkan gelas tayangan barang kemas dengan tukul.
Namun setelah beberapa kali percubaan, perompak-perompak itu yang memakai topi keledar langsung tidak berjaya memecahkan kaca kabinet itu.
Not the smash-and-grab they envisioned. pic.twitter.com/z5paaDtaAL
— mrbrown (@mrbrown) August 21, 2020
Mereka akhirnya sedar bahawa kaca tersebut tidak boleh dipecahkan dan melarikan diri dari tempat kejadian. Cubaan merompak itu dipercayai terbantut gara-gara gelas polycarbonate laminated yang digunakan untuk kaunter kabinet itu yang 10 kali lebih kuat dari plastik atau kaca.
Adegan itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya geli hati dengan kegagalan perompak itu dan mengambil kesempatan untuk meninggalkan pelbagai komen lucu.
“Syarikat gelas perlu gunakan klip ini sebagai iklan…”
The glass company needs to make this exact clip an advert https://t.co/sFLbXX1r0v
— Piano Man (@KMalatji) August 23, 2020
“Kenapa Apple tak boleh sediakan gelas kaca ni untuk telefon…”
You telling me Apple the billion dollar company can’t give me this glass on a phone? https://t.co/5d9oRTYKJM
— Wesley Tyson (@TheWesleyTyson) August 23, 2020
“Mereka masih mengetuk sampai ke hari ini…”
Wondering what is the outcome of this robbery 😆
— Khai & Amira 🇲🇾 (@kakijalans) August 21, 2020
“Bila dorang selesai vaksin Covid pun dah keluar…”
By the time they finish, the vaccine for Covid-19 out already
— Lestor 19* ⚽ (@neeker_san) August 21, 2020
Kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu itu tular kembali setelah ramai yang kagum melihat kekuatan gelas yang langsung tidak dapat dipecahkan walaupun dipukul dengan kuat berkali-kali menggunakan tukul oleh beberapa orang lelaki dewasa.
